05 March 2026

TAK MAHU LAGI ALASAN 'TERS£PIT' - NABILA HUDA HARAP BAPANYA, AMY SEARCH AMBIL LANGKAH SELESAIKAN K0NFLIK KELUARGA : "SAYA PENAT FIKIR & PENAT NAK BERCAKAP TENTANG PERKARA YANG SAMA BERULANG KALI"



"Dia (Amy Search) ketua keluarga, seorang ayah. Mungkin dia yang patut selesaikan apa yang perlu diselesaikan. Saya pun tak tahu macam mana perasaan dia.

"Kalau saya kehilangan anak dan tak dapat jumpa Keisha, saya memang tak boleh teruskan hidup macam biasa. Saya takkan gembira, akan menangis setiap hari sebab itu dar@h daging saya.

"Mungkin dia pun ada rasa, cuma tak tahu nak buat macam mana. Cuma alasan 'ters£pit' itu bagi saya sudah terlalu lama dan terlalu kerap digunakan. Buatlah sesuatu."

Demikian kata pelakon Nabila Huda, 42, dimana dia meminta bapanya, penyanyi Datuk Amy Search dapat menyelesaikan k0nflik keluarga antara mereka yang semakin berlarutan.

Ujar Nabila atau nama sebenarnya, mesra disapa Abil, bapanya itu harus mengambil langkah sebagai ketua keluarga untuk mencari jalan agar hubungan mereka kembali pulih.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, jelas Nabila, hantaran di media sosial yang dibuat sebelum ini adalah disebabkan terlalu mengikut em0si, selain juga dia juga tidak mahu terus dibel£nggu k0nflik keluarga.

"Untuk Ramadan kali ini, saya tak rindu sesiapa. Saya mahu teruskan kehidupan sahaja. Hantaran yang dibuat sebelum ini sebab ada perkara yang teringat kembali (kenangan lama).

"Tapi sebenarnya saya dah 'move on'. Saya penat fikir dan penat nak bercakap tentang perkara yang sama berulang kali. Cuma tak sal@h untuk sesekali rasa 'trigg£r'.

"Saya manusia, ada perasaan. Kalau rasa sedih, saya sedih. Kalau saya mar@h, mar@h dan kalau gembira, saya gembira," tuturnya yang dalam masa sama turut men£gaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan meraih simpati mahupun menc£tuskan drama.
Akui Abil lagi, dia kini lebih memilih untuk memberi fokus dengan perkara yang membawa ketenangan termasuk anak, haiwan peliharaan dan rutin hariannya.

"Saya tak berniat nak meraih simpati, nak buat orang sedih, nak drama atau publisiti. Saya tak perlukan semua itu. Saya dah bahagia dengan kehidupan sederhana sekarang.

"Kalau kita bersedih berpanjangan, kasihan dengan perkara yang ada di depan mata. Sekarang saya cuma nak teruskan hidup dan buat perkara yang buat saya gembira.

"Pada usia 40 tahun ini, tak ada masa nak fikir benda yang buat saya sedih. Apa orang cakap, apa yang berlaku sekeliling, saya dah tak ambil tahu. Instagram pun saya dah jarang tengok," luahnya.

Disamping itu, Abil berkata, sekalipun begitu, dia tetap menyimpan hasrat agar hubungan dengan bapanya dapat dipulihkan suatu hari nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: