05 March 2026

SYAWAL KEDUA INI - ALIF SATAR TERUJA MENANTI KELAHIRAN ANAK KEEMPAT, PEREMPUAN



"Alhamdulillah, saya rasa teruja sangat nak sambut 'baby' baru sebab tiga anak pun semakin membesar iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, dan Muhammad Ali, 7.

"Ketiga-tiga mereka juga tidak sabar menantikan kelahiran adik baru. Malah, sepanjang Ramadan ini ada dua soalan sering ditanyakan iaitu pukul berapa waktu berbuka dan bayi dalam kandungan sudah besar mana?

"Hanya soalan ini sahaja mereka tanya ulang-ulang. Jadi, saya tengok anak-anak pun sangat teruja untuk tahu bila adik baru mereka dilahirkan dan berapa umur bayi itu sekarang? Ini sahaja fokus mereka."

Demikian ujar penyanyi dan pelakon, Alif Satar, 36, dimana kongsinya, dia bakal menimang cahaya mata keempat yang dijangka dilahirkan pada hari raya kedua Aidilfitri ini.

Menurut Alif, isterinya iaitu Shadila Halid, 42, akan bersalin secara pemb£dahan dan memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Klik untuk gambar besar

Tambah penyanyi lagu 'Lelaki Seperti Aku' dan pelakon drama 'Dia Semanis Honey; ini, dia dan isteri akan menimang anak perempuan lagi, sekaligus menambah seri sambutan Aidilfitri keluarga mereka pada tahun ini.

Dalam pada itu, Alif yang seorang pengacara ini berkata, Ramadan kali ini memang dirasa amat mengujakan kerana menanti kelahiran anggota baru dalam keluarganya, selain tidak sabar menjaga bayi, memandangkan semua anak kian membesar.

Ujar Alif lagi, sejak beberapa bulan lalu, dia juga sudah membiasakan diri dengan aktiviti berjaga malam sebagai latihan awal, selain turut gembira dan bersyukur apabila isterinya berada dalam keadaan sihat, termasuk boleh menjalankan ibadah puasa dengan baik walaupun sarat hamil.

"Alhamdulillah, kandungan berada dalam keadaan stabil dan sihat. Isteri saya pun dapat berpuasa sepanjang Ramadan ini, termasuk dia juga tetap bangun sahur dan memasak untuk kami sekeluarga.
"Suasana Ramadan dilalui keluarga saya memang seronok sangat dan terasa dipenuhi kasih sayang. Perancangan 1 Syawal kami akan beraya seperti biasa.

"Pada sebelah siang, Insya-Allah akan pergi beraya, makan lemang dan juadah enak hari raya. Pada petangnya pula, kami akan daftar masuk ke hospital dan kalau tiada apa-apa halangan mungkin subuh Aidilfitri kedua bayi akan dilahirkan.

"Tetapi, ini perancangan sahaja kerana semuanya atas ketentuan Allah. Sebab, saya tidak tahu dan hanya berserah kepada Yang Esa. Kalau Allah kata satu dua hari lagi anak akan lahir, saya pun tak boleh nak kata apa," katanya.

Untuk makluman, Alif yang juga pemenang tempat ketiga program One In A Million pada 2006 bertemu jodoh dengan Shadila yang juga bekas pengurusnya pada 15 September 2014.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: