11 March 2026

SELEPAS DUA ANAK ALAMI DIKL£KSIA - SHAHIDA DEDAH ANAK KEEMPAT PULA DISAHKAN HIDAP ADHD, YUSOFF KINI JALANI TERAPI



Anak keempat kepada usahasan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida Mohd Rashid iaitu Yusoff Al Qardawi, disahkan menghidap Att£ntion D£ficit Hyp£ractivity Dis0rder (ADHD) serta mas@lah pembelajaran sp£sifik seperti disl£ksia.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Shahida, 41, dimana katanya, anak keempatnya itu menunjukkan tingkah laku berbeza seawal usia setahun apabila terlalu aktif berbanding kanak-kanak lain.

Dalam pada itu, Shahida memberitahu, dia membawa Yusoff berjumpa pakar kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan selepas anaknya berdepan beberapa isu ketika di sekolah.

"Qadejah dan Ibraheem pernah bersekolah di sekolah khas disleksia kira-kira enam bulan. Selepas keadaan mereka bertambah baik, barulah dipindahkan ke sekolah biasa.

Klik untuk gambar besar

"Apabila melihat Yusoff, saya sudah dapat rasakan dia berbeza kerana sangat aktif. Pada usia satu hingga dua tahun, hampir setiap hari ada benjol di kepalanya.

"Malah ketika berusia lima tahun, dia pernah duduk di atas genting rumah seorang diri kerana katanya mahu menjadi 'super hero'. "Selepas menjalani beberapa ujian, Yusoff disahkan menghidap ADHD. Dia kini kini mengikuti sesi terapi dua kali seminggu sejak awal tahun lalu dan menunjukkan perkembangan p0sitif," katanya.

"Kanak-kanak ADHD tidak suka dit£kan. Jika ada yang terlalu ramah, dia tidak selesa lalu menolak dengan cara kas@r. Perkara itu berlaku beberapa kali dan saya mengambil keputusan memindahkannya ke sekolah lain yang lebih dekat dengan rumah supaya mudah menghadiri sesi terapi," katanya.
Sementara itu, Shahida berkata, dia pada awalnya dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai ADHD sehingga dua anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham disahkan menghidap mas@lah pembelajaran iaitu disl£ksia sebelum ini.

"Apabila saya tanya suami, dia beritahu dulu hanya boleh membaca ketika berusia 12 tahun dan sering keliru antara kiri dan kanan. Bermula dengan Qadejah, saya mula belajar mengenai ADHD.

"Bila nampak Yusoff menunjukkan tanda sama, pada awalnya saya cuba menafikan, tetapi akhirnya menerimanya," jelasnya yang turut berkata, g@ngguan berkenaan berkemungkinan berkait dengan faktor genetik selepas dimaklumkan doktor.
Disamping itu, ujar Shahida, walaupun Yusoff sangat aktif dan sentiasa bertenaga, dia tidak terlalu bimbang kerana melihat perkembangan p0sitif dua anaknya yang lain selepas menjalani terapi.

"Yusoff sangat pandai berenang walaupun saya tidak pernah menghantarnya ke kelas renang. Apa sahaja gaya, dia boleh buat. Sebab itu saya ambil jurulatih untuk melatihnya kerana dia memang suka aktiviti lasak," ujarnya yang mengambil pendekatan terbaik adalah memberi perhatian kepada minat anak.

Namun begitu, maklum Shahida lagi, dia tidak melihat anaknya sebagai kurang upaya, sebaliknya percaya kanak-kanak ADHD hanya mempunyai cara pembelajaran yang berbeza.

"Saya tidak anggap mereka kurang upaya. Pada saya mereka normal, cuma cara belajar mereka berbeza," jelas Shahida yang mendirikan rumah tangga dengan Aliff Syukri pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: