Pelakon dan juga pelawak veteran, Sathiya, 62, menjelaskan dirinya kini dalam keadaan baik selepas menjalani pemb£dahan kaki kirinya yang dipot0ng hingga atas paras lutut, semalam di Hospital Ampang.
Kata Sathiya, dia menerima keadaan kaki kirinya dengan hati terbuka dan ingin segera pulih untuk pulang ke rumah dan walau apa pun berlaku, dia sangat merindui teh o ais yang menjadi minuman utama setiap hari.
"Saya okay, tapi saya rindu nak minum teh o ais. Kalau di rumah, hari-hari saya dapat minum teh o ais. Sudah lebih 40 tahun saya minum teh o ais, tapi sekarang belum boleh minum. Teh o ais di rumah juga sedap.
"Saya rindu betul pada teh o ais, nak minum teh o ais saja," tutur Sathiya yang ingin kembali bekerja untuk menyiapkan dua lagi iklan komersial Aidilfitri yang ditangguhkan penggambarannya.
Dalam pada itu, maklum Sathiya lagi, dia seronok menerima tawaran berlakon empat iklan komersial untuk sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini.
Tambahnya, dia akan meneruskan karier lakonan selepas kembali sihat walaupun perlu berkerusi roda kerana sudah tidak boleh berjalan seperti dulu.
"Saya suka berlakon sebab itu memang kerja saya sejak dari dulu. Tapi bila sudah sakit macam ini dan sekarang masuk ke hospital hingga kaki kiri kena pot0ng lagi.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, anak perempuan Sathiya iaitu Amani Nair Satya, 37, berkata, bapanya masih dalam pemantauan doktor, meskipun keadaan kesihatan pada masa ini stabil.
"Doktor kata keadaan kesihatan ayah okay dan dia sihat. Tetapi, dia memang asyik minta nak minum teh o ais saja. Itu adalah minuman kegemarannya.
"Tapi disebabkan masih baru menjalani pemb£dahan semalam, pemakanan harian ayah perlu dijaga dengan baik dan teratur. Buat masa sekarang, dia hanya boleh makan bubur dan makanan lembut dulu.
"Air pula kena minum air mineral. Bagaimanapun, biasalah orang tua kalau dalam keadaan kurang sihat macam ini memang kena tenang dan sabar menjaganya.
"Ayah pula seorang yang ceria dan ramah. Saya serta adik lelaki cuba menjaganya sebaik mungkin mengikut nasihat doktor. Bila ayah boleh keluar dari hospital pun, kami tidak tahu lagi," katanya.
Disamping itu, jelas Amani, dia memerlukan bantuan kewangan bagi meringankan tanggungan, termasuk membeli lampin pakai buang untuk kegunaan harian Sathiya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulur sumbangan ke akaun CIMB bernombor 7002807503 atas nama Sathival A/L Periasamy.
Semalam, Sathiya dibawa masuk ke dewan b£dah Hospital Ampang pada jam 10.10 pagi dan pemb£dahan selesai kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Terdahulu, Sathiya dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon kuning Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan lanjut pada awal pagi Ahad lalu.
Keadaan kesihatan Sathiya yang sebelum ini terj@tuh di rumah pada Jumaat lalu itu didapati mer0sot selepas mengadu pening kepala serta mengalami simpt0m mata menjadi kuning dan munt@h-munt@h.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment