16 March 2026

"SYURGA GANJARAN YOU, SAYANG" - ALIF SATAR KAGUM ISTERI MASIH SIAPKAN SAHUR & IFTAR DALAM SARAT MENGANDUNG



"Masya-Allah Tabarakallah... Ramadan tahun ni, I tengok you yang paling penat.. dah sarat pun masih bangun sama awal, naik turun tangga nak siapkan sahur dan iftar untuk semua.. Semoga syurga ganjaran you, Sayang.
"ps: Skit lagi," demikian tulis penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar, 36, dimana dia kagum dengan semangat isterinya, Shadila Halid, 42, yang masih bangun awal menyiapkan juadah sahur dan berbuka puasa meskipun dalam sarat mengandung anak keempat.

Kata Alif sebelum ini, isterinya itu akan melahirkan bayi perempuan secara pemb£dahan pada 2 Syawal dan memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Klik untuk gambar besar 
Untuk makluman, Alif dan isterinya telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, dan Muhammad Ali, 7.

Nampaknya sambutan Aidilfitri keluarga Alif pada tahun ini bertambah seri dengan kehadiran 'orang baru' 😍❤

Kita doakan semoga urusan bersalin isteri Alif dipermudahkan...🤲

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: