Penyanyi Nikki Palikat yang menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bersama penyanyi Suki Low dan beberapa artis lain termasuk pengurus artis, Fuad Sahrin baru-baru ini telah menziarahi kubur Allahyarham Adibah Noor yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat.
Jelas Nikki, mereka sememangnya mengajak peserta lain turut serta namun tidak mahu menyusahkan mereka memandangkan mereka sedang berpuasa.
"Rasanya ini dah jadi tradisi untuk kita dalam geng Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Bermula dengan Suki dengan Nikki, kini dah jadi kebiasaan tiap-tiap Ramadan kita akan pergi lawat kubur Kak Dib (Adibah Noor) dan kemudian kita akan bersihkan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nikki berkata, semua agama juga menyeru, mengingati mereka yang sudah pergi itu satu benda yang penting dan perlu dilakukan oleh mereka yang masih hidup ketika ditanya rasional mereka berbuat demikian.
"Saya secara peribadinya tak suka perasaan sedih bila terkenangkan arwah ataupun sesiapa yang dah pergi itu. Saya 'prefer' kita ingat orang itu dengan rasa kesyukuran, atas kebaikan mereka sewaktu masih hidup.
"Itu pendapat saya lah. Jadi dengan aktiviti melawat kubur, dengan aktiviti berdoa bersama-sama dengan cara masing-masing dan membersihkan kubur ramai-ramai, gotong-royong, itu kita rasa sangat mendatangkan perasaan ketenangan.
"Dan sebenarnya bila saya fikir-fikir sebenarnya ini adalah legasi kebaikan Kak Dib sebab dia seorang yang sangat-sangat baik.
"Dan itu yang membuatkan saya rasa terharu sebab dia memberi pengajaran bahawa kebaikan seseorang itu walaupun dia dah pergi tapi tetap hidup dalam kawan-kawan dia yang masih terkenangkannya," katanya.
Terdahulu, Allahyarham Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, dipercayai akib@t peny@kit kans£r ovari tahap empat pada 18 Jun 2022.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment