15 March 2026

KONGSI GAMBAR SEDONDON BERSAMA SEORANG JEJAKA - MAWAR RASHID BERI BAYANGAN SUDAH 'BERPUNYA'?



"Saya rasa raya tahun ini akan menjadi lebih istimewa, berpasangan dengan pakaian sedondon 💍👫☺️"

Itulah tulis pelakon Mawar Rashid, 31, menerusi media sosial miliknya, dimana dia berkongsi gambar bersama seorang jejaka berpakaian sedondon dengannya, namun wajahnya ditutup dengan emoji.

Dalam perkongsian yang mendapat perhatian ramai itu, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada gambar dikongsikan, mereka dilihat menggayakan pakaian tradisional sedondon dan ia dipercayai diambil di kawasan perkampungan.

Berhubung perkongsian itu, Mawar bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan kisah peribadinya, sebaliknya memberitahu akan berkongsi lebih lanjut apabila sudah bersedia.
"Nanti dah tiba masa, Mawar akan maklumkan," ujarnya yang sudah lebih lima tahun bergelar ibu tunggal.

Untuk makluman, Mawar pernah berkahwin dengan pelakon dan usahawan, Raf Yaakob pada November 2017 sebelum sah bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 5, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: