Bagi merawat mas@lah hernia atau angin pasang, penyanyi legenda iaitu Datuk Jamal Abdillah, 67, bakal menjalani pemb£dahan kecil di sebuah pusat perubatan pada Khamis ini.
Kongsi Jamal, mas@lah kesihatan itu mula meny£rangnya sejak awal Ramadan tahun ini akib@t tek@nan semasa melakukan persembahan.
"Bulan puasa ini banyak acara selepas berbuka, bufet Ramadan. Saya baru 10 hari menghidapinya. Apabila perut kosong dan tidak sempat diisi sebelum terus menyanyi nada tinggi dengan jumlah lagu yang banyak, memang boleh terkena hernia.
"Angin pasang ini mengakib@tkan b£ngkak sebesar ibu jari di bahagian atas kemaluan. Apabila mahu menolak suara bernada tinggi, ia terasa s@kit.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, mas@lah hernia atau keced£raan abdomen, Jamal berkata, ia bukanlah perkara asing dalam kalangan penyanyi profesional dunia yang sering memberikan tek@nan kuat semasa persembahan.
"Penyanyi opera legenda seperti Luciano Pavarotti, Andrea Bocelli dan beberapa penyanyi Broadway pernah mengalami mas@lah serupa.
"Dalam dunia opera dan teater muzikal, hernia agak dikenali kerana latihan vokal intensif dan penggunaan tekanan abdomen yang tinggi.
"Sebab itu ramai jurulatih vokal menek@nkan teknik pernafasan yang betul supaya tek@nan tidak terlalu kuat pada otot perut," ujarnya.
Tuturnya lagi, beliau perlu berehat sekurang-kurangnya selama 10 hari untuk pemulihan sepenuhnya walaupun hanya membabitkan pemb£dahan kecil.
"Insya-Allah... mohon doakan saya ya," tuturnya yang turut mengharapkan sokongan daripada peminat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment