15 March 2026

MV 'JODOH LEBARAN' KINI CECAH 2.6 JUTA TONTONAN - FESYEN KEBAYA BERSAMA KORSET DIKRIT1K, INI JAWAB AISHA RETNO : "GAYA INI IDENTITI SAYA SEJAK MULA... APA SEBENARNYA YANG DIANGGAP TIDAK MENGHORMATI ITU"



"Saya dengar dan faham pandangan awak. Saya juga boleh ubah mengikut cita rasa fesyen awak pada masa akan datang. Tetapi jika saya boleh beri sedikit penjelasan, gaya (korset) ini memang sudah menjadi identiti pakaian saya sejak mula saya masuk industri."

Demikian kata penyanyi Aisha Retno, dimana dia tampil berkata bersuara sebagai respons terhadap seorang pengguna media sosial yang kurang bersetuju dengan pilihannya menggunakan gaya korset dalam lagu terbaharunya berjudul 'Jodoh Lebaran' yang kini sudah mencecah tontotan sebanyak 2.6 juta.

Meskipun ada yang mempertikaikan gaya penampilannya memakai korset bersama baju kebaya, namun Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dilihat tenang dan terbuka berdepan krit1kan.

Klik untuk gambar besar

Jelas Aisha, sejak awal pembabitannya dalam dunia seni, fesyen tersebut telah menjadi pilihannya, selain turut men£gaskan penampilannya itu selari dengan konsep lagu berkenaan yang diinspirasikan daripada joget Portugis Melaka.

"Namun apabila dikatakan ia tidak menghormati, mungkin awak boleh bantu saya faham dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang dianggap tidak menghormati itu.
"Seperti yang awak boleh lihat, lagu ini sebenarnya berkonsepkan joget Portugis Melaka," tutur penyanyi yang berusia 26 tahun itu.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama 'Prettyfly.forabrownwoman' berpendapat Aisha Retno sepatutnya mengekalkan elemen tradisional pada kebaya sebagai tanda menghormati budaya.
Bukan itu sahaja, malah individu berkenaan juga menganggap Aisha cuba bereksperimen dalam fesyen sehingga menj£jaskan nilai budaya tempatan.

"Lagu sedap, suara pun bagus. Memang berbakat menyanyi dan menghasilkan lagu, tetapi maaf cakap, korset di luar kebaya itu nampak sangat buruk.

"Kalau pakaian lain boleh saja bereksperimen, tetapi untuk pakaian tradisional lebih baik kekalkan gaya asal sebagai tanda hormat. Terlalu cuba nampak bergaya, akhirnya nampak seperti baju projek pelajar AF," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: