"Kami selesa berkawan kerana sama-sama berstatus solo. Dia juga berstatus duda dan isterinya juga sudah meninggal dunia sejak dua tahun lalu.
"Sebab dia berstatus duda itulah kami boleh berkawan kerana saya tidak berminat untuk berkawan dengan suami orang. Kami baru berkawan dan dalam proses kenali hati budi lagi."
Itulah jelas penerbit dan pelakon, Datuk A Aida, 55, ketika mengulas sejauh mana hubungannya dengan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin yang hangat diperkatakan ketika ini.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, A Aida menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT ketika menjawab mengenai perancangan berkahwin.
"Kalau ada jodoh, adalah. Saya juga mohon kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat masa ini," ujarnya.
Sebelum ini, perkongsian Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff di media sosial yang memuat naik gambar A Aida bersama Mohd Kamri atau dikenali Yang Berhormat (YB) Kamri ketika majlis iftar anjuran A Aida Productions baru-baru ini turut mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian itu, Dr Izhar juga memohon pengikut di media sosial untuk sama-sama mendoakan hubungan A Aida dan YB Kamri itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment