15 March 2026

"TIBA-TIBA BIDADARI SYURGA DEPAN MATA SAYA.. YA ALLAH, MEMANG SEAKAN SAMA..." - AININA AHMAD B DAPAT PELUK ADIK SERUPA ANAK SYURGANYA, DAPAT LEPAS RINDU



"Allah Maha Baik, Dia tahu saya rindu nak peluk anak syurga saya. Tiba-tiba hadir bidadari syurga depan mata saya. Ya Allah, memang seakan sama, terutama badan dia.

"Saya senyum, lambai, cium dari jauh sahaja kemudian berlalu pergi. Disebabkan rasa tak puas usik dia, saya patah balik ke tempat tadi. Tapi tidak pergi dekat sebab segan dengan keluarga dia.

"Memang nak nangis ketika itu sebab saya dapat peluk dia macam mana peluk anak syurga saya. Terima kasih Ya Allah dan ibu kepada budak tersebut kerana izinkan. Lepas sedikit rindu pada anak syurgaku, Elisya."

Demikian luahan hati pelakon Ainina Ahmad B, 56, dimana kongsinya, dia bertemu seorang kanak-kanak istimewa yang memiliki wajah serta fizikal hampir menyerupai anaknya, Allahyarham Nur Ara Elisya.

Klik untuk gambar besar

Meskipun berlaku secara spontan dan dalam tempoh singkat, namun kata Ainina, momen memeluk kanak-kanak perempuan itu menjadi pelepas rindu buatnya.

Ainina yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial yang turut menyertakan gambar kenangan bersama kanak-kanak perempuan berkenaan, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan anak sulungnya, Nur Arieana, berada di sebuah pusat membeli-belah bagi menikmati juadah berbuka puasa.

Tutur Ainina lagi, dia masih belum sanggup membeli atau menikmati makanan kegemaran Allahyarham ketila berkongsi mengenai perasaan rindu terhadap Elisya.
"Ini tahun pertama kami berpuasa berdua. Nampak macam tidak ada apa-apa, tapi saya sibuk dengan kerja dan anak pertama pula ada kelas belajar. Ini baru ada masa nak berbuka luar bersama. Rasa lain seperti sedih semua ada. Cuma kena kuatkan diri juga.

"Banyak perkara yang Elisya suka, macam makan bubur lambuk setiap kali puasa, tapi walaupun kami teringin, tak sanggup untuk beli. Sehari dua yang lepas ini memang rindu sangat dengan dia. Video-video dengan dia peneman saya waktu sahur," tuturnya.

Untuk makluman, Allahyarham Elisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Ainina bersama bekas suaminya, iaitu penyanyi Rahmad Mega itu meninggal dunia pada 22 Jun 2025.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: