"Kami percaya bahawa setiap perkara harus diselesaikan melalui proses undang-undang yang adil dan telus. Keputusan mahkamah ini memberikan ruang kepada kebenaran untuk terus ditegakkan berdasarkan fakta dan bukti."
Itulah kata pelakon Azlan Komeng, dimana dia berjaya mendapatkan perintah mahkamah menolak permohonan jaminan kos berjumlah RM75,000 yang difailkan usahawan Norsufia Johari atau Cik Pia.
Keputusan mahkamah yang diumumkan pada 5 Mac itu sekali gus mengesahkan Azlan bebas daripada status mufl1s dan secara tidak langsung menamatkan sp£kulasi berkaitan dirinya sebelum ini.
Dalam masa sama, Azlan selaku plaintif diberikan kebenaran oleh mahkamah untuk memulakan pr0siding k0mital terhadap Cik Pia, dimana permohonan usahawan itu telah ditolak oleh mahkamah untuk membatalkan sam@n yang dikemukakan terhadapnya.
Klik untuk gambar besar
Pada Disember tahun lalu, Cik Pia memaklumkan, dia memohon jaminan kos RM75,000 dikenakan kepada pihak plaintif selepas berdepan sam@n fitn@h daripada Azlan dan Nilam.
Ini kerana Nilam selaku plaintif pertama dikatakan adalah warganegara Thailand dan boleh meninggalkan negara pada bila-bila masa, manakala Azlan selaku plaintif kedua telah diisyt1harkan bankr@p.
Sebelum itu, Azlan dan Nilam memfailkan sam@n fitn@h terhadap Cik Pia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mendakwa usahawan tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur fitn@h dan prov0kasi di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment