"Saya mengambil pembantu rumah kerana tidak mahu menghantar anak kepada pengasuh. Terus terang, segala kerja rumah saya buat sendiri.
"Memasak, mengemas, membasuh baju, mencuci tandas, berniaga dan pergi penggambaran (sh00ting). Saya balik pukul 2 pagi dan bangun pukul 4 pagi untuk masakkan bekal anak pergi sekolah.
"Tidur tidak pernah cukup, tetapi saya percaya penat ini akan digantikan dengan tempat yang paling mulia di sisi Allah. Maka saya gantikan dengan istighfar."
Demikian jelas isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan iaitu pelakon Ozlynn Waty, 45, menerusi hantarannya di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran itu, Ozlynn berkata, meskipun terpaksa berdepan keletihan melamp@u setiap hari, namun dia menganggap tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu adalah satu ibadah yang paling mulia di sisi Allah SWT.
Disamping itu, ibu kepada enam cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang memahami dan tidak berkira sekiranya beliau tertidur akib@t kepenatan.
"Yang penting, anak-anak terjaga dan kami sama-sama urus. Alhamdulillah. Macam saya, suami memang daripada tidak tahu buat apa-apa pun (dahulu).
"Dari awal kahwin, saya yang ajar semua benda kerana bapa saya polis dan semua perkara beliau buat untuk arwah emak. Jadi, saya ajar suami bagaimana bapa saya jaga arwah emak dahulu," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Ozlynn mengakui, dia merasai kepuasan tidak terhingga apabila melihat anak-anak membesar di depan mata.
"Saya seronok dan rasa puas apabila dapat buat semua sendiri. Penat badan, penat otak tetapi tetap saya gembira melihat semua anak ada di depan mata.
"Sampai besar panjang pun saya masih suapkan. Papa dia (Johan) mahu makan pun saya suapkan. Paling gembira apabila lelah kita dibalas dengan doa oleh anak-anak dan suami," kongsinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment