14 March 2026

INDIVIDU TIDAK DIKENALI BAYAR BADAL UMRAH UNTUK ANDRE MIKHAIL - AMYZA AZNAN SEBAK, TERHARU RAMAI SAYANGKAN ANAK SULUNGNYA



"Andre Mikhail, apa amalan kamu? Ramai yang sayang dan mendoakan. Daripada orang yang kenal sehingga orang yang mummy tidak pernah kenal telah mewakafkan umrah buat Andre Mikhail."

Itulah tutur pelakon Amyza Aznan, 50, dimana dia tidak menyangka ramai yang menunjukkan kasih sayang terhadap anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, menerusi pelbagai perbuatan yang menyentuh hati.

Amyza yang berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di aplikasi media sosial, berkata, dia terkejut apabila ada individu yang sanggup mewakafkan wang bagi tujuan ibadah badal umrah buat anaknya itu.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada video yang dikongsikan, Amyza tidak dapat menahan sebak lalu memeluk seorang wanita yang mewakafkan sekotak buku surah Yasin atas nama Andre.

"Hari ini insan yang tak pernah mummy kenal mewakafkan surah Yasin atas nama awak," luahnya yang tersentuh apabila orang yang tidak dikenali berbesar hati melakukan kebaikan buat anaknya itu.

Untuk makluman, Andre, 20, menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun bert@rung dengan kans£r paru-paru tahap tiga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: