14 March 2026

"BUKAN KERANA ORANG KETIGA..." - NILAM SAHKAN SUDAH BERCERAI DENGAN AZLAN KOMENG, SUDAH TAMAT TEMPOH IDAH



"Soal bila kami bercerai, biarlah saya dan abang Lan (Azlan) saja yang tahu. Cukup sekadar masyarakat tahu yang kami sudah berpisah.
"Bukan kerana orang ketiga, tetapi biasalah dalam perkahwinan ada perkara yang kami sendiri tidak boleh jelaskan kepada umum.

"Hubungan kami juga dalam keadaan baik dan ketika ini kami memilih untuk menjadi ibu bapa yang baik buat anak kami."

Itulah kata Nur Nilam Ortiz, dimana dia tampil mengesahkan, dia dan suaminya, pelakon Azlan Komeng kini sudah bercerai, namun enggan mendedahkan tarikh serta punca perpisahan mereka.

Klik untuk gambar besar 
Ujar Nilam lagi, mereka sepakat untuk berkongsi khabar tersebut kepada umum bagi mengelakkan sebarang fitn@h, memandangkan dia juga sudah tamat menjalani tempoh idah.

Disamping itu, Nilam mengakui, hubungannya dengan Azlan masih baik walaupun tidak lagi bersama sebagai suami isteri dan fokus utama mereka adalah untuk anak-anak.

Nilam dalam masa sama turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan perceraian dia dan Azlan hanyalah strat£gi pemasaran bagi melariskan pr0duk.
Berhubung itu, Nilam berkata, dia kini lebih berhati-hati dan memilih untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial.

"Kalau ini mark£ting, saya tidak akan buat hantaran selepas habis tempoh idah, sebaliknya akan dibuat sebelum kami bercerai lagi.

"Tetapi saya belajar daripada kesil@pan dan mengambil langkah untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial. Saya kini lebih berwaspada dalam setiap hantaran yang dibuat," tuturnya.

Untuk makluman, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai KJ.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: