13 March 2026

"TAK PASTI KENAPA ORANG PERTIKAIKAN MERAIKAN SAMBUTAN HARI LAHIR DENGAN ANAK YATIM" - ATIKAH SUHAIME JELAS HANYA MAHU KONGSI REZEKI & KEGEMBIRAAN



"Sejujurnya anak-anak yatim ini mereka tidak ada pemikiran neg@tif seperti c£mburu tengok orang ada mak ayah. Malah mereka sangat gembira kalau dapat jemputan makan di luar untuk meraikan sambutan hari lahir.

"Anda (netizen) akan terkejut melihat bagaimana sikap p0sitif mereka kerana mereka seorang yang suci. Kalau anda biasa buat CSR, anda akan tahu."

Itulah kata pelakon Atikah Suhaime, 34, dimana dia tampil memberi respons terhadap pertikaian segelintir netizen susulan tindakannya meraikan sambutan hari lahir anak sulungnya, Lyla Mulan Teh bersama anak-anak yatim.

Perkara itu dikongsikan Atikah atau nama penuhnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar

Ujarnya lagi, anak-anak yatim sebenarnya gembira mendapat jemputan ke majlis seperti itu, sekaligus men£pis tanggapan kononnya mereka berasa sedih melihat orang lain mempunyai ibu bapa.

Dalam pada itu, Atikah memberitahu, tujuannya hanyalah untuk berkongsi kegembiraan dan berhubung itu, dia sendiri tidak pasti mengapa ada pihak mempertikaikan jemputannya itu.

"Tak pasti kenapa orang pertikaikan meraikan sambutan hari lahir dengan anak yatim. Saya ingatkan mereka akan gembira semua pulang bawa dengan 'hadiah birthday' dan bukannya hanya goodie bag. Semua anak-anak balik dengan hadiah termasuk anak-anak kawan saya.
"Mulan suka berkawan, abang-abang dan kakak-kakak ni semua sangat friendly suka layan Mulan," tuturnya yang dalam masa sama juga berharap lebih ramai individu yang berkemampuan dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak yatim.

"Saya berharap kalau anda ada rezeki lebih jemputlah anak-anak yatim ini untuk raikan sama-sama. Jangan dengar orang cakap 'oh kasihan nanti mereka sedih'. Mana anda tahu? Anda tidak berada di tempat mereka.

"Percayalah mereka sentiasa menanti jemputan, bermain dan berbual bersama. Saya doakan anda semua murah rezeki supaya dapat kongsi rezeki bersama-sama," katanya.
Sebelum ini, seorang pengguna Thr£ads mempers0alkan tindakan menjemput anak-anak yatim ke majlis berbentuk kekeluargaan kerana menganggap ia berpotensi menyentuh em0si mereka.

Menurut individu berkenaan, situasi tersebut mungkin membuatkan golongan itu berasa sedih kerana tidak dapat menikmati detik serupa bersama ibu bapa sendiri, sekaligus dilihat sebagai kurang peka terhadap perasaan anak-anak yatim.

Untuk makluman, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Mulan yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: