13 March 2026

BILA NONNY NADIRAH AKUI KINI SUSAH, TERPAKSA KUTIP DANA UNTUK HIDUP : "SAYA KEHILANGAN SEGALA-GALANYA... KEHIDUPAN & KERJAYA SEKALI SEMUANYA MUSN4H"



"Assalamualaikum, saya Nonny Nadirah, dari Malaysia. Kini saya ingin maklumkan, saya kehilangan segala-galanya dan susah untuk saya jelaskan sebenarnya.
"Pada tahun 2003, saya mulakan perniagaan dengan bermodalkan RM200. Bukan sebagai penyanyi atau pelakon tetapi hanya untuk bekerja dari rumah sahaja."

Demikian jelas pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, 36, dimana kongsinya, dia kini kehilangan segalanya termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakannya.

Klik untuk gambar besar 
Bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu menerusi satu hantaran video di media sosial, berkata, dia terpaksa meminta bantuan orang ramai bagi meneruskan kehidupan.

Tambah Nonny lagi, kehidupannya turut berubah selepas menyatakan sokongan terhadap Pal£stin sehingga memberi k£san kepada hidupnya.

"Saya masih bekerja tapi disebabkan saya menyokong Pal£stine, mereka sekat semuanya. Kehidupan dan kerjaya sekali semuanya musn@h.
"Jadi, dengan ini saya ingin mengutip dana kerana dengan cara ini sahaja saya boleh menampung kehidupan seharian saya," ujar Nonny atau nama penuhnya, Nonny Nadirah Zainuddin.

Perkongsian Nonny itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu serta ada yang memberikan nasihat kepadanya untuk kembali bekerja.

Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang mempertikaikan kenyataan Nonny itu, selain meminta penjelasan lanjut mengenai situasi sebenar dihadapi pelakon terbabit.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: