"26 Jun ini, selepas raya. Sekarang saya sibuk dengan persiapan koleksi baru untuk Raya. Lepas raya baru saya akan 'all-out' untuk persiapan perkahwinan Ammar."
Itulah kata pelakon Rozita Che Wan, dimana dia berkongsikan mengenai perkembangan terkini majlis perkahwinan anak sulungnya, Ammar Affendy yang bakal berlangsung pada 26 Jun depan.
Che Ta menerusi temu bual bersama Majalah Nona, memberitahu, dia akan mula melakukan persiapan perkahwinan anak lelaki itu selepas raya.
Klik untuk gambar besar
Malah kata Che Ta lagi, bakal menantunya itu kemungkinan akan berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga nanti dan baginya, dia tidak kisah jika itu kehendaknya.
"Ammar ada cakap mungkin dia (Auni) nak berhenti kerja lepas kahwin. Bagi saya, terpulanglah. Tempat isteri di sisi suami. Kalau nak kerja boleh, tak nak pun tak ada mas@lah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment