"Pemegang Rekod Pertama bagi Lagu Bahasa Melayu dengan Jumlah Penstriman Tertinggi yang Mencapai 200 Juta Strim di Spotify menjelang tahun 2025.
"Alhamdulillah. Terasa seperti mimpi untuk menulis kata-kata ini. Namun perjalanan ini bukanlah perjalanan saya seorang.
"Buat semua pendengar yang menjadikan lagu ini sebagai peneman dalam hidup anda, terima kasih kerana menjadikan lagu-lagu ini sebahagian daripada kehidupan anda — saat patah hati, saat meraikan kebahagiaan, dan juga malam-malam sunyi anda.
Klik untuk gambar besar
"200 juta penstriman... ia melambangkan jutaan hati yang terhubung melalui muzik. Dan itu adalah sesuatu yang tidak akan pernah saya ambil ringan. Doakan perjalanan seterusnya... amin. Terima kasih kepada The Asia Records dan Dato' KK Chua atas pengiktirafan ini."
Itulah tulis penyanyi Ernie Zakri, 34, dimana dia terus melakar sejarah apabila menjadi pemegang rekod pertama menerusi lagu popularnya yang berjudul 'Masing-Masing' secara rasmi diiktiraf sebagai lagu Bahasa Melayu paling banyak distrim di Sp0tify sehingga mencecah 200 juta tontonan pada tahun lalu.
Ernie atau pemilik namanya, Nur Ernie Shahirah Zakri, menerusi hantaran di media sosial, juga menyifatkan kejayaan luar biasa itu sebagai sesuatu yang sukar dipercayai, namun men£gaskan ia bukan hasil usahanya sendirian.
Dalam masa sama, isteri kepada penyanyi Syamel itu turut memohon orang ramai untuk mendoakan perjalanan seninya yang akan datang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!







No comments:
Post a Comment