02 April 2026

ABBY ABADI LUAH RASA SYUKUR ANAKNYA, MARISSA DALAM PROSES BERCERAI : "KELUAR CEPAT DARI MIMPI NG£RI"



"Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat! Keluarlah cepat dari mimpi ng£ri. Tolong aminkan ye."
Demikian tulis pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, di mana dia meluahkan rasa syukur susulan kenyataan anak keduanya, Marissa Dania yang memaklumkan dalam proses bercerai dengan suaminya, Aslam.

Abby menerusi perkongsian di media sosial itu turut berharap agar perkara tersebut cepat selesai agar anaknya itu dapat keluar dari mimpi ng£ri berkenaan.

Dalam pada itu, Abby turut menitipkan nasihat kepada Marissa untuk memperbaiki kekurangan diri selepas ini serta dapat melalui hidup lebih indah.

Klik untuk gambar besar 
"Perbaiki apa yang kurang ye dik. Kena lalui hari-hari kel@m untuk dapat yang lebih indah lepas ini," tuturnya.

Sebelum ini, menerusi hantaran di media sosial hari ini, Marissa memaklumkan, dia dan suami kini dalam proses berpisah.

Marissa dalam masa sama turut berharap agar tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak, selain memohon diberi sedikit ruang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: