02 April 2026

"SAYA DALAM PROSES UNTUK PEMBERSIHAN... SAYA CUBA NAK JADI MANUSIA LEBIH BAIK" - NILAM ORTIZ N£KAD BUANG SILIK0N & T4TU, MAHU BERSIH BILA MENGHADAP ALLAH



"Saya bukan buat hidung tetapi saya buang silik0n. Kalau perasan, bahagian dagu dan hidung saya ada semua p@rut.
"Baru beberapa bulan yang lalu dibuang. Tahun lepas ada buat tetapi doktor tak boleh buang sepenuhnya sebab saya tengah mengandung.

"Jadi bila dah bersalin, baru buang kesemuanya. Jadi sekarang ni, saya tak kisah apa orang cakap sebab saya dalam proses untuk pembersihan."

Itulah jelas pemp£ngaruh media sosial, Nilam Ortiz, di mana dia n£kad menjalani pemb£dahan bagi membuang silikon lama yang pernah dimasukkan ke dalam hidungnya sebagai usaha untuk menjadi lebih baik.

Kata Nilam, pros£dur tersebut hanya dapat dilakukan beberapa bulan lalu selepas ditunda kerana dia sedang hamil.

Dalam pada itu, Nilam berkata, dia juga dalam proses membuang t@tu yang pernah dicac@hnya satu masa dahulu, selain turut berkongsi, semuanya bermula selepas dia selesai menunaikan umrah November tahun lalu.

Klik untuk gambar besar 
"Saya mengambil langkah bukan sahaja membuang silik0n tapi saya hampir membuang kesemua t@tu-t@tu saya.

"Saya cuba nak menjadi manusia lebih baik, sebab itu sekarang ini saya kurang lantang, tak fokus kepada orang tetapi lebih fokus kepada diri, anak dan keluarga saya.

"Saya dapat satu benda yang baru ketika menunaikan umrah tahun lalu. Bila saya pergi Makkah, saya dapat banyak benda yang baik-baik Allah bagi pada saya.

"Jadi, saya nak 'bersih' bila menghadap Allah," tuturnya yang turut memberitahu, jika dia berani untuk lakukan, begitu juga harus berani untuk membuangnya, meskipun ada yang mengatakan tidak perlu untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini badan saya ada t@tu, silik0n jadi saya nak ubah. Ada yang kata pada saya tak perlu sebab s@kit tetapi pada saya, kalau saya berani buat, saya kena beranilah buang.

"S@kit waktu buat, lebih baik kita s@kit waktu kita buang. Itu saya punya pandanganlah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: