01 April 2026

TAK DAPAT HAK SEBAGAI ISTERI SEPERTI YANG SEPATUTNYA - ANAK ABBY ABADI, MARISSA AKUI SAL4H & KHIL4F, KINI DALAM PROSES BERPISAH



"Perbicaraan k£s kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberi keterangan. Kami kini dalam proses berpisah dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai."
Demikian kata anak kepada Abby Abadi iaitu pemp£ngaruh media sosial, Marissa Dania Hakim, 21, menerusi media sosial, di mana dia memberi bayangan hubungan dengan suami, Ahmad Aslam, bakal berakhir.

Jelas Marissa, perbicaraan k£s lafaz cerai luar mahkamah yang berlangsung pada Isnin lalu terpaksa ditangguhkan kerana pihaknya masih belum memberi keterangan di mahkamah.

Dalam hantaran itu juga, Marissa berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang sp£kulasi melibatkan perkahwinannya lagi.

Klik untuk gambar besar 
"Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak, bagi ruang dan jangan buat sebarang kesimpulan atau andaian," tuturnya.

Sementara itu, Marissa menerusi hantaran lain pula telah tampil mempersoalkan adakah wajar untuk membangkitkan perkara yang berlaku sebelum perkahwinan.

Marissa dalam masa sama turut mengakui sal@h dan khil@f, selain berkata, perkara-perkara itu tidak harus dijadikan isu.

"Adakah wajar untuk terus membangkitkan perkara sebelum perkahwinan sedangkan saya tahu saya tidak melakukan apa-apa selepas itu?
"Yang mana saya sendiri akui sebagai sal@h dan khil@f, sedangkan saya tidak mengg@nggu atau melakukan sebarang prov0kasi selepas bernikah," tulisnya.

Ujar Marissa lagi, dia tidak meng@nggu mahupun melakukan sebarang prov0kasi selepas bernikah, malah dia juga tidak berkata apa-apa meskipun tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya.

Dalam pada itu, Marissa juga mempersoalkan tindakan mendedahkan kelemahan seseorang untuk mendapatkan sokongan.
Sebelum ini, Aslam dilaporkan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya itu di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025.

Bagaimanapun, pasangan ini dikatakan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dalam bulan sama ketika kedua-dua lafaz tersebut dibuat.

Pasangan ini dilihat di mahkamah bagi perbicaraan pertama pada Isnin lalu dan permohonan untuk pengesahan cerai dan rujuk itu dibuat oleh Aslam atau nama penuhnya, Ahmad Aslam Saifun Kasyfun Nazir Rasyid, 27, pada 10 Mac lalu.

Untuk makluman, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: