01 April 2026

ANAK SULUNG BERJAYA DAPAT 'STRAIGHT A' DALAM SPM - FIZA HALIM LUAH RASA SYUKUR & BANGGA



"Congratulation my dear love Ferra... ❤❤ Mommy so proud of you 👏👏👏 You did it 👍🏻👍🏻 "STRAIGHT A" Syukur Alhamdulillah Ya Allah di atas nikmat ini... Berkat usaha & doa 🤲🏻."
Itulah kata pelakon Fiza Halim, 45, menerusi media sosial miliknya, di mana dia meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Ferra Aryana, 18, berjaya mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika pengumuman semalam.

Perkongsian Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet yang rata-rata memuji kecantikan anak perempuannya itu.

Klik untuk gambar besar 
"Masya-Allah tahniah. Cantik dan brilliant. boleh jadi akauntan."

"Muka mahal. 'Beauty with brain'."

"Tahniah. Sudah besar makin cantik dan bijak! Masih ingat ketika kecil dahulu, pernah muncul dalam majalah dua beradik ni. Sekarang cantik-cantik," demikian komen-komen yang ditulis warganet.
Untuk makluman, Fiza memiliki tiga cahaya mata perempuan hasil perkahwinan dengan bekas-bekas suaminya.

Perkahwinan pertama Fiza bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudian menimang anak ketiga, Siti Aleena Adra menerusi perkahwinan ketiganya dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: