17 April 2026

ALAMI JAUNDIS & K£NCING KOTOR - ANAK SHUIB, AKIRA KENA TAH4N DI HOSPITAL : "MUMMY TERLALU RISAU SEBAB KENA BERPISAH SEKEJAP DENGAN AKIRA"



Anak bongsu kepada pelawak dan usahawan, Shuib, 42, iaitu Akira Juwita Zahra telah ditah@n di sebuah pusat perubatan bagi pemantauan lanjut selepas mengalami mas@lah kesihatan.

Perkembangan terkini Akira itu dikongsikan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, di mana jelasnya, keadaan bayinya itu tidak membimbangkan, namun doktor terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana masih terdapat sedikit tanda jaundis dan k£ncing kotor.

"Betul Akira kena tah@n di hospital tetapi tak ada apa pun. Cuma kuning (jaundis) dia masih ada sikit dan perlu diberi antibi0tik. Lepas tu k£ncing kotor sikit tapi doktor cakap ia hanya perkara normal," katanya.

Dalam pada itu, Shuib yang turut berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, berkata, isterinya iaitu Watie Hanifiah bimbang dan susah hati kerana perlu berjauhan seketika dengan Akira.

"Insya-Allah tak ada apa, cuma mummy (panggilan Watie) terlalu risau sebab kena berpisah sekejap dengan Akira. Saya cakap tak mengapalah beri doktor pantau Akira di dalam wad dan boleh duduk bawah lampu biru (untuk jaundis)," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Menerusi media sosial, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada Jun 2023, memuat naik video isterinya menangis kerana terpaksa meninggalkan anak mereka yang ditah@n di wad.

Kata Shuib dalam perkongsian itu, Akira dimasukkan ke hospital sebagai langkah pemantauan bagi memastikan tahap kesihatannya semakin baik.

Pada 6 April lalu, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah, 38, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada pukul 3.47 petang.

Sebelum berkahwin dengan Watie, Shuib pernah bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t C0V1D.

Hasil perkahwinan itu, Shuib dan arwah Siti Sarah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzakira Talita Zahra, 12, Ariq Mati, 9, dan Ayash Affan, 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: