18 April 2026

BERI TUMPUAN KERJA BELAKANG TABIR - JEHAN MISKIN AKUI RINDU BERLAKON, NAFI SUDAH BERSARA : "AGAK SUSAH UNTUK TERIMA TAWARAN BERLAKON DISEBABKAN KOMITMEN SAYA DENGAN SYARIKAT"



"Saya memilih ke arah kerja belakang tabir sebab tanggungjawab kepada syarikat lebih besar kerana masing-masing bekerja untuk mencari rezeki.

"Syarikat produksi itu sudah beroperasi lebih kurang 16 hingga 17 tahun. Kami juga banyak fokus pada kerja-kerja komersial, iklan dan kolaborasi dengan jenama.

"Sebagai penerbit, saya juga masih boleh berkarya dan menggunakan kreativiti," jelas pelakon Jehan Miskin, 46, dimana dia kini memberi fokus kepada kerja belakang tabir menerusi produksinya, Mastermind Group.

Klik untuk gambar besar

Jehan yang sudah lebih sedekad dalam bidang lakonan itu berkata demikian selepas dilihat memperlahankan kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Jehan berkata, dia membuat keputusan untuk beralih kepada bidang pengarahan dan penerbitan iklan komersil kerana sudah memiliki syarikat produksi sendiri yang sudah beroperasi sejak 2009.

Akui Jehan, dia masih merindui bidang lakonan tetapi tidak dapat melakukannya kerana kesibukan dengan produksinya ketika mengulas mengenai perancangan untuk melakukan 'comeback' atau kemunculan semula.
"Sekali kita sudah berlakon, memang kita akan berasa rindu. Saya juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan sudah bersara daripada bidang lakonan. Cuma buat masa sekarang, agak susah untuk menerima tawaran berlakon disebabkan komitmen saya dengan syarikat.

"Dengan jadual kerja yang padat dan projek yang sentiasa berjalan, saya tidak mampu memberi komitmen untuk penggambaran dalam jangka panjang. Tetapi, kalau ada tawaran watak penampilan khas (cameo) satu atau dua hari, saya okey untuk suka-suka," katanya.
Disamping itu, pelakon filem 'Qaisy & Laila' ini juga berpendapat tr£nd penerbit sekarang yang mengambil artis berlakon berdasarkan jumlah pengikut di media sosial itu tidak menjamin kejayaan pada sesebuah naskhah.

"Jumlah pengikut yang tinggi di media sosial tidak menjamin kejayaan dalam apa jua bidang pun. Ada orang pengikut berjuta-juta, tetapi apabila jual produk, tidak semestinya berjaya.

"Jadi bagi saya, itu bukan fokus saya. Saya cuma mahu terus berkarya," ujarnya yang berkahwin dengan wanita warga Korea Selatan, Julie Camelia Rhee pada Mei 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Axel Nova Rhee.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: