26 April 2026

BUAT LAPORAN POLIS - FITRI HARIS DAKWA UNIC MASIH BELUM TERIMA BAYARAN KONSERT, BERI N0TIS SATU MINGGU



"Satu laporan polis telah dibuat bagi tindakan selanjutnya. Urusan lain di peringkat menunggu surat tuntutan (LOD) dan atas budi bicara kami UNIC. Konsert sudahpun berlalu lebih empat bulan, bayaran masih belum diselesaikan sepenuhnya."

Demikian kata anggota UNIC iaitu Dr Fitri Haris, 42, di mana dia mendedahkan pihak penganjur konsert bagi kumpulan tersebut masih gagal melunaskan baki bayaran yang tertunggak sejak empat bulan lalu.

Lama berdiam diri, Fitri memaklumkan, pihaknya telah pun membuat laporan polis di buat di Balai Polis Bangi, Selangor pada Sabtu, bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pihak berkenaan.

Klik untuk gambar besar

T£gas Fitri, sebelum tindakan undang-undang lebih berat diambil, UNIC yang kini tidak lagi mahu bertolak ansur itu memberikan tempoh selama satu minggu untuk penganjur menyelesaikan segala tunggakan.

Meskipun pihak penganjur sudah pun mengutip hasil daripada duit tajaan serta jualan tiket, Fitri turut mendakwa bayaran buat UNIC masih diab@ikan.

Ulasnya lagi, dia bersama ahli kumpulan yang lain telah memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan kelancaran konsert tersebut namun berakhir dengan kekec£waan.
"Para penaja selesai, semua diambil, duit tajaan, duit tiket. Kami bekerja pagi petang siang dan malam (tapi belum dibayar)," tuturnya yang turut memberi am@ran agar penganjur tersebut segera bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan atas kesabaran yang diberikan selama ini.

"Moga Allah buka hati penganjur dan saya masih ada perasaan untuk anak dan isteri kamu, jadi selesaikan secepatnya. Insya-Allah, satu minggu n0tis," ujarnya.

Sebelum ini, UNIC yang turut dianggotai Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi mengadakan konsert This Is UNIC: Live In Concert pada 20 Disember tahun lalu di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: