26 April 2026

DAKWA IBU KENA G4NGGUAN MIST1K - ANAK NORISH KARMAN NAFI MALAS BEKERJA : "SAYA SUDAH BUAT SEGALA-GALA YANG TERMAMPU... TAPI, SETIAP KALI SAYA BEKERJA, BONDA S4KIT..."



"Peti mesej saya masih penuh dengan kata-kata berbaur keb£ncian. Orang gelar kami pemal@s dan suruh kami cari kerja. Mereka tuduh kami sudah biasa hidup senang hingga tak nak sus@h. 

"Pertamanya, bila kami hidup senang? Macam mana mereka lebih tahu daripada saya? Mereka suruh saya pergi kerja kilang, saya pernah cuba. Bekerja sambilan di kafe pun saya dah pernah cuba.

"Saya sudah buat segala-gala yang termampu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Tetapi, setiap kali saya bekerja, bonda s@kit, ada sahaja orang d£ngki hantar sesuatu."

Demikian kata anak ketiga kepada pelakon Norish iaitu Nur Hanyz Amanda, 22, di mana dia mengesyaki ibu terkena g@ngguan mist1k setiap kali mereka keluar rumah bekerja.

Jelas Amanda, ibunya itu sering s@kit setiap kali mereka keluar bekerja, malah keadaan itu dipercayai ada kaitan dengan unsur mist1k.

Amanda dalam masa sama turut menafikan dirinya pemalas atau sudah biasa hidup senang hingga tidak mahu bekerja.

Sebaliknya, akui Amanda, dia pernah bekerja di kilang dan menjadi pembantu kafe demi menampung hidup keluarga.

Pada sesi temubual bersama Melodi terbitan TV3 itu lagi, Amanda menyangkal dakwaan mereka menerima elaun RM700 seminggu daripada bapa.

Klik untuk gambar besar

"Saya tak ingat benda itu (elaun). Saya bukan hendak cakap buruk pasal bapa saya. Kita semua dan bapa dalam hubungan yang baik," katanya.

Sementara itu, anak sulung Norish iaitu Muhammad Haqiem Amany, 27, turut tampil menyangkal dakwaan mereka masih bergantung kepada ibu.

Tuturnya, dia mula mencari rezeki sejak bersekolah, malah akan terus bekerja sehingga tamat pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) demi menyara keluarga.

"Saya buat dua kerja sambilan untuk bantu keluarga dan ibu. Hampir 90 peratus gaji saya digunakan untuk perbelanjaan keluarga," jelasnya.

Norish yang berada di sebelah anaknya pada sesi temuramah itu mengakui Haqiem banyak berk0rban untuk keluarga.

"Haqiem banyak berk0rban untuk kami sebenarnya. Hendak kata dia anak tak kerja, dialah sebenarnya yang paling banyak bekerja," ujar Norish yang membintangi filem 'Sayang Salmah' itu.

Baru-baru ini, anak-anak Norish telah dikec@m netizen apabila dikatakan enggan bekerja mencari wang pada sesi langsung bersama Datuk Seri Aliff Syukri.

Bukan itu sahaja, Norish pun terus dihent@m apabila pelakon itu dilapor menyatakan hasrat membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) bernilai RM150,000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: