26 April 2026

SELAMAT BERSALIN - NATASHA HUDSON TIMANG ANAK LELAKI SELEPAS DIKURNIAKAN EMPAT ANAK PEREMPUAN : "KEHADIRANNYA BAWA MAKNA YANG SANGAT BESAR BUAT KAMI"



"Alhamdulillah... Hari ini (semalam) pada jam 1.15 petang, kami menyambut kelahiran bayi lelaki pertama kami ke dunia dengan berat 3.2kg. 

"Selepas empat cahaya mata perempuan, kehadirannya membawa makna yang sangat besar buat kami."

Itulah tulis pelakon Natasha Hudson, di mana maklumnya, pada jam 1.15 petang Sabtu, dia telah pun selamat melahirkan cahaya mata kelimanya iaitu bayi lelaki pertama selepas dikurniakan empat cahaya mata perempuan sebelum ini.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Natasha menerusi satu hantaran yang dimust naik di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian itu, Natasha menganggap kehadiran cahaya mata lelaki itu sangat bermakna buatnya, selain meluahkan rasa syukur apabila proses melahirkan dipermudah serta berjalan dengan lancar.

"Proses melahirkan juga berjalan dengan sangat lancar. Saya rasa bersyukur atas pengalaman ini.

"Satu rahmat yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, hadiah terindah daripada Allah buat keluarga kami," tuturnya. 
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Natasha atas kelahiran cahaya mata kelimanya itu.

Untuk makluman, Natasha sah bergelar isteri Jay Jasmin pada 28 Mac 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Kaia.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga cahaya mata perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: