25 April 2026

DAKWAAN DATUK RED MINTA RM100,000, SETUJU TIDAK TERUSKAN TUNTUTAN HUT4NG DALAM PERKAHWINAN - ADIRA TAMPIL TUNJUK BUKTI



"Saya tak suka benda-benda macam ini, tapi kalau orang sudah mempertik@ikan, jarang-jarang saya nak men1pu. Ini pertama kali saya buka sedikit, bukan semuanya. 

Saya tak bercakap saja-saja. Peguam Datuk Red beritahu ada perkara yang ditawarkan untuk penyelesaian. Bila saya dan peguam bermesyuarat, saya bal@s semula tawaran tersebut melalui peguam dia."

Itulah ujar penyanyi Adira Suhaimi, 35, di mana dia tampil mendedahkan bukti tuntutan yang dibuat oleh bekas suaminya, Datuk Red, 48, bagi membatalkan k£s rujuk yang sedang berjalan di mahkamah.

Kata Adira, dia terpaksa berkongsi sebahagian perbualan WhatsApp daripada peguam Datuk Red yang dilakukan sebelum perbicaraan pada 23 April lalu selepas pendedahan dirinya dipertik@ikan netizen.

Adira menerusi temu bual bersama Hlive itu turut memberitahu, perbincangan tersebut dilakukan antara peguam kedua-dua pihak.

Menurut penyanyi itu lagi, antara maklum bal@s yang diberikan adalah persetujuan terhadap bayaran RM100,000, namun dengan syarat jumlah tersebut ditolak daripada hut@ng selepas perceraian seperti dinyatakan dalam surat tuntutan (LOD).

Dalam pada itu, Adira yang jarang bersuara mengenai kisah peribadinya, turut menyebut tentang tuntutan hut@ng yang dibuat antara mereka ketika masih bergelar suami isteri.

Klik untuk gambar besar

"Ini adalah bal@san balik saya melalui peguam iaitu 'Puan Adira maklumkan beliau bersetuju RM100,000 itu. Tapi jumlah tersebut hendaklah ditolak dari hut@ng selepas penceraian sebagaimana di dalam LOD yang telah diterima oleh Datuk Red'.

"Banyak saya bagi dia senang tapi dia masih tidak mengaku. Saya sudah tunjuk bukti dari pihak saya. Saya harap ini yang pertama dan terakhir," katanya membaca mesej yang diterima.

Meskipun Adira bersetuju dengan kesemua tuntutan tersebut, namun peguam mewakili Datuk Red memohon agar amaun RM100,000 diasingkan daripada hut@ng.

Malah turut dicadangan bayaran dibuat secara tunai, manakala tuntutan hut@ng sivil kekal dibatalkan.

"Setelah berbincang, anak guam kami memaklumkan bersetuju dengan kesemua syarat tersebut kecuali perenggan satu. Anak guam kami memohon untuk diperhalusi dan dipertimbangkan semula.

"Anak guam kami mohon untuk diasingkan antara amaun tersebut dengan hut@ng yang mana pihak kami bersedia dengan tawaran penyelesaian secara tunai, manakala tuntutan hut@ng tersebut kekal dibatalkan," kongsinya merujuk kepada mesej berkenaan. 
Pada Khamis lalu, Adira meluahkan rasa terkil@n dengan tindakan bekas suaminya, Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kem£lut k£s rujuk membabitkan mereka.

Dedah Adira, Datuk Red meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai sal@h satu syarat untuk membatalkan k£s rujuk yang sedang berlangsung di mahkamah.

Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata ini mendakwa bekas suaminya mahu sam@n sivil berkaitan tuntutan hut@ng digugurkan.

Bagaimanapun, Datuk Red menyangkal kenyataan Adira yang mendakwa dia meletakkan syarat tersebut, selain men£gaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran termasuk meminta membatalkan k£s sam@n sivil membabitkan hut@ngnya.

Datuk Red menfailkan k£s pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember lalu.

Untuk makluman, Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Red.pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, sebelum bercerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: