"Saya dimaklumkan Fazura telah melangg@r perintah mahkamah sebanyak enam kali, antaranya tidak menunaikan janji untuk memberikan hak lawatan Nur Fatima kepada bapanya dengan alasan berada di London.
"Malah Fattah mendakwa sejak bercerai dia mengalami kesulitan untuk bertemu puteri tunggalnya, namun masih bersabar dengan sikap bekas isterinya itu yang kerap memberi alasan hingga anak guamnya sukar bertemu dengan anak kandungnya.
"Selepas banyak kali bagi muka, Fattah terpaksa melantik saya untuk memfailkan permohonan ini supaya perjanjian yang telah dipersetujui di mahkamah sebelum ini dipatuhi dan dihormati.
"Penolakan yang dibuat mahkamah pada 31 Mac lalu bukan muktamad, tetapi masa prosiding dijalankan hakim beritahu ada beberapa perkara yang tidak jelas dan minta diperincikan serta difailkan semula."
Demikian kata peguam yang mewakili pelakon Fattah Amin, 31, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, di mana anak guamnya bakal memfailkan semula permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isteri, pelakon dan usahawan, Nur Fazura selepas Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 31 Mac lalu menolak permohonannya berhubung hak lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Akberdin berkata, biarpun hak penjagaan penuh Nur Fatima diberikan kepada Fazura, namun Fattah masih diberi hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan tiga kali seminggu.
Bagaimanapun, setiap kali Fattah mahu menjalankan tanggungjawab serta memberikan kasih sayang sebaiknya kepada Nur Fatima, hak tersebut dihalang dengan pelbagai alasan menyebabkan pelakon itu terpaksa menggunakan jalan undang-undang untuk menuntut hak yang sepatutnya.
"Pihak kami akan fail semula dalam masa terdekat kerana Fattah sudah cukup bertolak-ansur selama ini. Kali ini dia mahu mahkamah menentukan apa yang terbaik untuk menuntut haknya sebagai bapa kepada Nur Fatima.
"Hak lawatan yang sepatutnya diberikan kepada Fattah perlu dipatuhi oleh bekas isterinya. Jika tidak, pihak kami boleh memfailkannya di mahkamah," tuturnya.
Sebelum ini, Fattah gag@l memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Nur Fazura di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 31 Mac lalu berhubung isu hak lawatan anak mereka, Nur Fatima.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin telah mengemukakan permohonan secara ex parte terhadap Fazura atas dakwaan melangg@r perintah mahkamah berkaitan hak lawatan anak.
Prosiding komital itu berpotensi menyebabkan Fazura dikenakan tindakan penj@ra sekiranya didapati melangg@r perintah mahkamah tersebut.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment