24 April 2026

HADIAHKAN COKLAT SEMPENA HARI LAHIR - M JAMIL TERUJA AKAN KE MAHKAMAH, HARAP ANAK ADA SAMA NANTI



Pelakon dan pengarah, M Jamil meluahkan rasa teruja dan syukur apabila akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 12 Mei ini untuk sambungan perbicaraan sesi Jaksa Pendamai pada jam 9 pagi. 

Dalam pada itu, pelakon filem 'Ranjau Sepanjang Jalan' ini amat berharap dapat bertemu anaknya di mahkamah terutama untuk meraikan ulang tahun kelahiran Salma pada 16 April lalu.

"Sebenarnya pelakon Ellie Suriaty Omar melalui persatuannya telah menawarkan diri untuk mengambil dan menghantar saya ke sana.

"Saya sungguh bersyukur atas daya usaha Ellie ini. Dia memang baik hati menawarkan pertolongan selepas terbaca artikel pasal saya. Alhamdullilah... dia sudi bantu.

"Saya harap anak saya ada sama nanti. Sudah tentu saya 'excited' (teruja) dan bersyukur pada Allah SWT. Terima kasih pada semua yang membantu saya merealisasi impian ini," tuturnya.

Disamping itu, M Jamil turut menggambarkan keterujaan dan harapan besar untuk bertemu dua anaknya iaitu Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9, hasil perkahwinan keempatnya dengan Shahrila Markom.

"Awal-awal saya sudah beli coklat dan simpan dalam peti sejuk. Itu saja termampu dan rezeki yang ada setakat ini. Esok lusa tak tahulah pula. Insya-Allah," kata anak kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad ini.

Jelas M Jamil lagi, dia bersemangat untuk pergi ke mahkamah, sekali gus membuktikan dia bukan sengaja mengingkari arahan mahkamah.

Klik untuk gambar besar

M Jamil sebulan ini gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua tuntutan cerai isterinya, pada 14 April lalu.

M Jamil yang mengalami str0k sejak lapan tahun lalu itu memberi sebab kegagalannya hadir kerana mengalami s@kit kaki, selain tidak mempunyai sesiapa untuk membawanya ke mahkamah.

Maklumnya lagi, dia hanya menunggu surat dan bersedia dipenj@rakan jika itu keputusan mahkamah. Dia juga meluahkan hasrat mendapatkan khidmat ambulans untuk mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah.

Terdahulu, M Jamil mengahwini Shahrila pada 24 Mei 2014 selepas kem@tian isteri ketiganya, Allahyarham Siti Rohani Wahid pada 2010.

Perkahwinan mereka dikurniakan dua anak. Shahrila bagaimanapun bertindak meninggalkan rumah bersama dua anaknya pada pertengahan Disember dan pada 24 Disember, M Jamil menerima surat permohonan cerai dari isterinya.

Kes mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur buat kali pertama pada 11 Februari dan diikuti pada 14 April baru-baru ini.

M Jamil mempunyai 11 anak menerusi empat perkahwinan. Dia kini tinggal bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Rohani Wahid.

Dua anaknya menetap di luar negara bekerja sebagai doktor dan pensyarah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: