"Korang nak kata aku wayang ke apa lant@k korang, apa yang aku cakap ini korang boleh simpan, boleh rekod. Korang kata aku tak 'move on', aku gil@ talak ke apa ke.
"25/6/2026 jika rujuk aku sah, automatik saya Adnan bin Abu ceraikan Siti Adira binti Suhaimi dengan talak satu.
"Sah ke tak sah. Aku kalau boleh nak ceraikan cepat tapi benda itu tak boleh dilepaskan. Sekarang ni puas hati? Ada ke orang bayar aku RM100,000? Tak pasal-pasal aku kena lafaz cerai depan korang."
Klik untuk gambar besar Demikian kata usahawan Datuk Red yang meluahkan k£sal apabila didakwa masih belum 'move on' serta meminta penonton untuk menyaksikan siaran live di TikT0k untuk merakam sebagai bukti lafaz cerainya itu terhadap bekas isterinya, Adira Suhaimi.
T£gas Datuk Red lagi, tindakannya untuk mendapatkan pengesahan rujuk di mahkamah bukan kerana mahu kembali bersama Adira, sebaliknya akan menceraikan penyanyi itu jika benar rujuknya sah. Datuk Red dalam masa sama turut memberitahu, k£s yang difailkan itu adalah untuk mendapatkan pengesahan jika rujuk yang dibuat pada 2024 sah atau tidak.
"Jah@t lagi ke aku? Aku dah lepaskan dia. Aku cuma nak mengesahkan rujuk aku je, kalau rujuk aku sah aku akan ceraikan dia.
"Kalau rujuk aku tak sah, tak sahlah. Korang bayangkan kalau dia kahwin, aku masih lagi macam tu (suami) macam mana? Aku minta pengesahan je, bukannya aku minta dia rujuk dengan aku," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment