"Hari ini (semalam) saya datang untuk bagi sokongan kepada anak saya iaitu Anggrek. Memang impian saya nak tengok anak saya. Alhamdulillah cemerlang hari ini (semalam). Tahniah Anggerik.
"Tengok anak-anak lain juga ada atas pentas, menitik air mata. Nak peluk tak dapat kan? Sebab jauh. Tahniah juga kepada Adira kerana berjaya menggilap bakat Anggerik."
Demikian tutur usahawan Datuk Red, ketika mengulas mengenai kehadirannya ke program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) malam tadi, di mana ia menjadi perhatian apabila tampil memberi sokongan buat bekas isterinya, penyanyi Adira dan anak mereka, Anggrek.
Klik untuk gambar besar
Jelas Datuk Red, dia hadir untuk memberi sokongan kepada Anggrek, selain mengakui air mata mengalir melihat kehadiran anak-anak yang lain di atas pentas.Dalam pada itu, kata Datuk Red lagi, kehadirannya itu juga adalah untuk memohon maaf kepada Adira atas apa yang berlaku ketika proses mahkamah berhubung k£s rujuk mereka serta mendoakan kebahagiaan bekas isterinya.
"Saya datang ini sebagai tanda sokongan dan permohonan maaf untuk dia (Adira). Saya nak jernihkan apa yang saya sudah buat sebelum ini. Saya doakan dia semoga bahagia. "Siti Adira, terbanglah tinggi. Saya doakan awak dan Anggerik," ujarnya yang dalam masa sama memberitahu, dia tidak bertemu dengan anak-anaknya sejak dua minggu lalu, namun ada menghubungi melalui panggilan video.
"Dua minggu (tak jumpa). Saya ada video call dengan bibik, tapi dalam keadaan sekarang, bagi saya bertenang dulu. Tapi sebak bila tengok semua tadi. Tapi tak apa, asalkan dorang bahagia.
"Ya, saya sebak. Adira mungkin tahu saya datang sebab saya minta tiket dekat pengurus dia," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment