27 April 2026

MULA TERIMA TAWARAN LAKONAN - AZAR AZMI SERAH KEPADA PASUKAN PENGURUSAN, FOKUS WATAK BERI KESAN



"Nak kata banyak (tawaran berlakon diterima), Alhamdulillah ada. Tetapi, saya serahkan semua dekat 'manager' untuk menguruskannya. 

"Sebab, masuk set (penggambaran) belum lagi, tak pasti bila (masih dalam perancangan). Mengikut kepada pengurus saya.

"Bagaimanapun, ada satu (tawaran berlakon) yang tunggu 'confirm' jawapan daripada saya."

Itulah jelas pelakon Azar Azmi, 37, di mana maklumnya, dia mula menerima beberapa tawaran lakonan, namun belum dapat memastikan tarikh akan memasuki set penggambaran.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, menyerahkan semua perkara berkaitan aktiviti seni kepada pasukan pengurusan untuk mengaturkan jadual kerjanya.

Disamping itu, ibu kepada dua anak lelaki berusia empat dan tiga tahun ini berkata, dia akan meneliti karekter terlebih dulu sebelum membuat keputusan ketika ditanya mengenai pilihan naskhah ingin dibintanginya

"Pemilihan-pemilihan (naskhah) itu semua, saya akan 'check' (periksa) dulu karekter, saya kena 'check' juga perjalanan (cerita) macam mana supaya kita pun tak nak susahkan orang kalau 'clash date' dan sebagainya.

"Tetapi, apa yang paling penting adalah karekter. Sebab kalau boleh biar satu karekter itu dulu sekiranya memang saya ada rezeki untuk bawakan. 
"Selepas ini, apa-apa karekter saya akan buat dan ambil mana yang memang saya boleh. Sebab biarlah orang kata, satu karekter itu kita dapat bawa dengan kesan yang buat orang terasa.

"Daripada kita ambil (karekter) asal boleh sahaja, 'result' (keputusan) jadi tak cantiklah," katanya yang turut memberitahu, dia ada juga mendapat tawaran untuk membuat ulasan pr0duk juga.

Pada Mac lalu, nama Azar Azmi menjadi perhatian apabila dir£man bersama suaminya selama empat hari tiga malam atas k£s pen1puan tanah kurnia dan darjah kebesaran.

Bagaimanapun, pelakon drama 'Nur 2' dan 'Maaf Tak Indah' ini akhirnya dibebaskan untuk dijadikan saksi pendakwaan terhadap pertuduhan bagi kedua-dua k£s berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: