12 April 2026

HAMPIR DUA TAHUN HIDUP BERSENDIRIAN - IRA KAZAR MAHU CARI LELAKI BIJAK KAWAL K0NFLIK, MESKIPUN RAMAI YANG CUBA DEKATINYA



"Dia mestilah seorang yang bijak, tahu kawal situasi terutama bila ada k0nflik. Bagi saya itu sangat penting. Dari segi rupa pula, cukuplah sedap mata memandang. Kalau boleh bukan orang industri, biasa-biasa tetapi ada status juga."

Demikian kata bekas isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, 31, di mana dedahnya, dia kini lebih tertarik kepada lelaki yang bijak mengawal pelbagai situasi terutamanya ketika berdepan k0nflik.

Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini Kazaruddin, yang sudah hampir dua tahun hidup bersendirian itu memberitahu, dia mengidamkan pasangan hidup yang bukan dalam kalangan industri hiburan.

Akuinya lagi, meskipun ada individu yang cuba mendekatinya, namun dia masih belum bertemu jodoh yang sesuai.

Klik untuk gambar besar

"Nak dijadikan isteri itu belum ada lagi. Kalau sekadar nak berkenalan, ada. Kalau kata ramai nanti orang cakap angkat bakul sendiri, jadi saya cakap ada sahajalah.

"Saya belum terlalu fokus ke arah itu, tapi bukanlah menolak. Mungkin belum sampai jodoh," tuturnya yang tidak s£rik untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

Kata Ira, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk lebih meneliti latar belakang seseorang sebelum membuat keputusan.

"Saya tidak s£rik kerana setiap manusia berbeza. Tak bolehlah anggap semua lelaki sama. Cuma sekarang saya lebih berhati-hati dan akan tengok latar belakang terlebih dahulu.
"Dulu mungkin saya tidak terlalu pandang perkara itu, saya anggap kekurangan boleh diterima, tapi sekarang tidak lagi. Perlu pertimbangkan sebaiknya," ujarnya.

Untuk makluman, Ira pernah berkahwin dengan Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand, sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari tahun sama.

Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Ira yang merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sah bercerai dengan Syamsul pada 5 September 2024.

Sebelum itu, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah, sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: