Pada petang Ahad hari ini, pelakon Eyka Farhana dan suaminya, Akhyar Rashid telah mengadakan majlis 'gender reveal' yang berlangsung secara sederhana.
Dalam majlis tersebut, pasangan itu mengumumkan jantina bayi mereka melalui letusan asap, di mana ia berwarna biru yang memenuhi ruang udara, sekaligus menjadi simbol kepada bayi lelaki.
Sebaik mengetahui jantina bayi yang dikandung isterinya, wajah Akhyar terpancar kegembiraan apabila dia dilihat melompat keriangan dengan diiringi sorakan para tetamu yang hadir.
Klik untuk gambar besar
"Ia lelaki! Saya betul! Tahniah Eyka sayangku. Gembira untukmu," luahnya.
Pada Februari lalu, Eyka turut berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah video sesi fotografi bersama Akhyar di tepi pantai.
Bagaimanapun, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024, tidak berkongsi secara terperinci mengenai kehamilan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment