12 April 2026

BERSUA MUKA SELEPAS DUA TAHUN - VIDA AKUI BELUM MAMPU MAAFKAN IQBAL, DEDAH SIMPAN 'BENIH' TAPI AKHIRNYA TAK JADI KAHWIN : "BULAN-BULAN SAYA BAYAR WANG, MACAM MANA SAYA TAK MAR4H?"



"Disebabkan masa tu saya muda lagi, saya telah simpan 'benih' (proses pembekuan telur) untuk dis£nyawakan dalam hospital tapi tak jadi kahwin. Saya minum pamoga.

"Bagaimana saya nak maafkan, saya 'pelihara' (simpan) benih saya tu selama bertahun-tahun. Setiap bulan berapa saya nak tanggung 'benih' saya yang ada dalam hospital tu. Bulan-bulan saya bayar wang, macam mana saya tak mar@h?"

Itulah jelas usahawan sens@si, Datuk Seri Vida, 55, di mana dia meluahkan perasaan mengenai hubungannya dengan bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli, 32, menerusi sesi siaran langsung bersama Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini.

Dalam siaran langsung itu, Vida berkata, dia belum mampu memaafkan Iqbal di atas apa yang berlaku antara mereka, selain turut mendedahkan dia melakukan peng0rbanan besar ketika mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga termasuk menyimpan 'benih' di hospital.

Sementara itu, Iqbal memberitahu, dia tidak terkejut dengan kenyataan bekas kekasihnya itu yang memaklumkan pernah melakukan pr0ses pembekuan telur sebagai persediaan sebelum mereka berkahwin.

Klik untuk gambar besar

Ini kata Iqbal, pros£dur tersebut telah dirancang ketika mereka masih berhubungan baik dan ia merupakan satu langkah untuk membina keluarga sendiri.

"Perkara itu betul, saya sendiri yang temankan dia untuk lakukan proses berkenaan di sebuah hospital di Ipoh, Perak. Saya ada katakan kepadanya dulu, jika berkahwin saya mahukan anak.

"Ketika itu dia masih subur dan sebab itu kami lakukan proses tersebut. Malah, memang kami pernah bercakap soal perkahwinan sebelum ini dan ia bukan perkara main-main," ujarnya. Iqbal mengulas perkara tersebut selepas tular satu video yang menemukan dia dengan Vida di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri.
Ujar Iqbal, pertemuan tersebut merupakan yang pertama selepas lebih dua tahun mereka tidak bersua muka dan dalam masa sama, dia berharap hubungan antara mereka akan kembali jernih dan sedia untuk terus berjumpa secara profesional bagi urusan kerja.

"Selepas kisah tak jadi kahwin, memang ada k0nflik antara kami. Namun kemudian berbaik semula. Cuma sejak dua tahun lalu, kami tidak lagi berhubung. Saya pun tidak tahu apa puncanya. Saya ada sahaja menghantar mesej namun tidak dijawab.

"Saya harap kami boleh berbaik dan terus berjumpa untuk urusan kerja," ujarnya yang bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan tentang jodoh, sebaliknya menyerahkan semuanya kepada takdir.

Dalam pada itu, Iqbal juga tidak mahu kisah cinta antara mereka terus menjadi bualan seolah-olah sebagai gimik dalam memprom0sikan perniagaan.
"Untuk soal jodoh dan masa depan, saya terbuka untuk menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. Kami sudah cukup saling kenal dan dia tahu apa kelemahan dan kekurangan saya.

"Namun saya tidak mahu lagi terlalu terbuka bercakap soal jodoh. Kalau tiba masa nak kahwin, biarlah jadi terus. Tak mahu h£ret kisah kami sampai jadi drama," tuturnya.

Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas mereka merancang untuk berkahwin, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Iqbal sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada Vida dan hubungan rapat mereka menjadi sebutan ramai.

Sekitar tahun 2018, Vida bagaimanapun memecat Iqbal, sekali gus menamatkan sp£kulasi mereka bakal mendirikan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: