"Walaupun orang kata dia tak sebut nama, tetapi dia petik penyanyi senior. Siapa lagi penyanyi senior yang buat 'live' dalam TikT0k? Sayalah! Dia sebenarnya nak cari publisiti murahan dan tumpang glamor saya. Dia dah tak ada modal lain.
"Dalam sesi 'live' itu, saya cakap jangan harapkan kemenangan. Kadang-kadang kemenangan tidak menjanjikan apa-apa. Itu saya tujukan kepada Azeva. Tapi dia (Liza) yang melatah.
"Saya sendiri selalu kalah dalam pertandingan sejak tahun 1989 lagi. Tapi saya tetap popular. Yang menang pun belum tentu popular. Tetapi saya tak cakap tentang TTMM1 dan Marsya Qistina.
Klik untuk gambar besar
Merasakan ianya ditujukan kepadanya, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, tampil menafikan dakwaan memperlek£hkan kemenangan anak Liza iaitu Marsya Qistina yang bergelar juara dalam program Talk To My Manager (TTMM) musim pertama.
Ini kerana jelas Ameng, dia tidak menyebut nama sesiapa, sebaliknya hanya memberi nasihat kepada anak keduanya, Azeva Natassha ketika bersiaran langsung baru-baru ini.
Dalam pada itu, kata pelantun lagu 'Sampai Hati itu', Liza sekadar menangguk air yang k£ruh dan dia tidak sepatutnya terasa dengan kenyataannya sebaliknya perlu bekerja keras untuk menaikkan nama anaknya.
"Dia tak perlu nak melat@h dengan kenyataan saya. Tak perlu menyal@k menyal@hkan orang lain. Apa yang dia perlu lakukan adalah buktikan anaknya seorang juara.
"Dia menang dapat duit RM30,000 tapi dia pergi melancong. Patutnya dia pergi cari Melly Goeslaw buat lagu anak dia. Baru mel£tup," ujarnya.
Selain itu, ulasnya lagi, dia turut ada menghantar mesej kepada Liza semalam ketika ditanya adakah dia ada menghubungi penyanyi itu untuk menyelesaikan mas@lah ini.
"Saya paling mar@h bila dia kata berhati-hati jaga mulut. Saya hantar mesej kepadanya minta dia yang jaga mulut dia bukan mulut orang. Kemudian dia bal@s kalau dia tutup saya pun kena tutup. Dia cuba untuk berlaw@n.
"Apa yang saya boleh katakan jangan cuba j0lok sarang tebuan. Dengan orang lain kau boleh. Tetapi dengan aku, aku nasihat kau jangan. Saya boleh jadi huru-hara. Saya tak kisah. Saya berani kerana benar," tuturnya.
Disamping itu, Ameng berkata, dia tidak akan meminta maaf kepada Liza dan penyanyi itu juga tidak perlu meminta maaf kepadanya.
"Tak perlu semua itu. Apa yang dia perlu lakukan saya cab@r dia buktikan satu hari nanti Marsya akan jadi penyanyi yang mel£tup," t£gasnya.
Sebelum ini, Liza Hanim meluahkan rasa terkil@n terhadap seorang artis senior yang dikatakan membuat kenyataan tentang juara tidak ke mana sewaktu melakukan sesi siaran langsung dalam TikT0k.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment