23 April 2026

"KITA SEMUA PERNAH LALUI PELBAGAI PERKARA DALAM HIDUP..." - ERYNNE ERYNNA KONGSI ISI HATI YANG DAH LAMA TERPENDAM



"Syukur diberi peluang hidup selama 29 tahun di dunia yang penuh suka, duk@, cab@ran dan ujian ini.

"Selama ini saya menyimpan semua foto dan video ini untuk diri sendiri, dan hari ini saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua.

"Sebagai peringatan bahawa kita semua pernah melalui pelbagai perkara dalam hidup — yang hanya diketahui oleh orang tersayang, atau kadang-kadang hanya diri kita sendiri dan Allah. Begitulah kehidupan... seperti yang saya katakan, hidup bukanlah sentiasa indah dan cerah, dan itu tidak mengapa.

"Alhamdulillah atas setiap ujian dan dug@an, kerana tanpa semua itu, saya tidak akan membesar menjadi seseorang yang memiliki kekuatan dan kebijaksanaan seperti hari ini. Haza rahmatun min rabbi.

Klik untuk gambar besar

"Buat insan-insan tersayang, terima kasih kerana menjadi sumber kekuatan saya, kerana sentiasa berada di sisi saya dalam saat-saat paling suk@r, dan kerana mengelilingi saya dengan kasih sayang, keprihatinan dan kefahaman tanpa syarat. Wallahi, saya amat bersyukur dan diberkati.

"Kepada semua yang mengikuti saya, terima kasih atas segala sokongan, kasih sayang, kebaikan dan aura p0sitif yang diberikan selama ini.
"Semoga Allah memberkati, melindungi dan membimbing kita semua sentiasa di dunia dan akhirat. Amin," itulah luah pelakon Erynne Erynna yang berkongsi isi hatinya yang telah lama terpendam menerusi media sosial miliknya.

Untuk makluman, Erynne pernah mendirikan rumah tangga pada 17 April 2019, sebelum bercerai sekitar tahun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Medinah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: