"Kenapa kadang-kadang bila kita pakai c0mot nak masuk restoran fancy kena pandang macam kena 'judg£' ek?
"Contoh kadang tu keluar memang pakai t-shirt dan selipar. Saya malas nak bersiap. Tapi lipstik haruslah (pakai). Cuma watak tu tak cukup dengan penampilan dan feel restoran tu."
Itulah tulis pelakon Nabila Huda, 42, menerusi media sosial miliknya, di mana dedahnya, dirinya sering dipandang s£rong ketika mengunjungi restoran mewah hanya kerana bergaya santai.
Klik untuk gambar besar
Isu layanan berdasarkan penampilan kembali menjadi perhatian apabila Nabila turut mendedahkan kedatangannya pernah dipandang sin1s seolah-olah tidak layak berada di restoran tersebut.Dalam pada itu, Nabila berkata, sikap menghakimi seseorang berdasarkan penampilan itu boleh membuatkan pelanggan berasa tidak selesa walaupun tujuan mereka hanya untuk menikmati makanan. "Macam mana nak jelaskan ya. Fahamkan pandangan macam, eh biar betul nak makan dekat sini. Macam buat kita tak selesa padahal kita nak makan saja.
"Ada juga pelanggan bagi pandangan macam kita ni gelandangan," tuturnya yang sering berpenampilan sederhana dengan memakai kemeja-T dan selipar. Ujarnya lagi, perkongsian ceritanya ini bukanlah bermaksud dia mahukan layanan istimewa kerana dikenali, sebaliknya dia berharap semua pelanggan diberikan layanan adil tanpa mengira penampilan mereka.
"Di sini maksud saya bukan perasan orang kenal dan patut dapat layanan istimewa. Saya tidak peduli langsung fasal itu. Apa yang saya kisah cuma nak makan. "Dalam Malaysia bukan hanya pekerja Melayu saja, ada pelbagai bangsa. Tapi kenapa bila kita c0mot kena ada pandangan seperti itu? Tak boleh ke dilayan sama adil.
"Tak boleh ke bagi senyuman semanis buah nanas walaupun pakaian tak setaraf dengan yang selalu masuk (pelanggan) tempat itu," kata Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment