08 April 2026

MUAT NAIK GAMBAR BERSAMA IBU BAPA MENTUA - ZIZI KIRANA MASIH KEKAL HUBUNGAN BAIK



"Abah dan mak tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila," itulah kata penyanyi Zizi Kirana ketika membal@s komen, di mana jelasnya, ibu bapa mentuanya tetap akan menjadi orang tuanya sampai bila-bila.

Zizi menerusi media sosial telah memuat naik gambar bersama ibu bapa mentuanya dan keluarga bekas suaminya, pelakon Yusuf Bahrin.

"May Allah keep the good between us and place barakah in every memory 🤍✨," tulis Zizi.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian itu, Zizi dilihat mengenakan pakaian serba hitam serta berpurdah duduk bersebelahan ibu mentuanya, selain turut mendoakan agar perkara yang baik antara mereka berkekalan.

Pada 2 April lalu, Zizi dan Yusuf sah bercerai talak satu selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga 19 September 2021.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: