17 April 2026

RAIKAN 40 TAHUN LEGASI SENI - AISHAH BAKAL ADAKAN KONSERT SOLO BERSKALA BESAR PERTAMANYA, HADIAH BUAT PEMINAT YANG SETIA BERSAMA



"Konsert ini adalah hadiah saya buat semua peminat setia yang bersama saya selama (empat dekad) ini. Saya tidak sabar untuk kembali ke pentas dan berkongsi detik istimewa bersama anda semua. Saya harap setiap lagu yang dipersembahkan nanti akan mengimbau kenangan dan menyentuh hati."

Itulah tutur penyanyi Datuk Aishah, di mana beliau bakal mengadakan konsert solo berskala besar pertamanya berjudul 'Aishah 40 Chapters of Love' di Megastar Arena, di sini, pada 4 Julai depan.

Konsert anjuran Vox Nation Live ini bertujuan meraikan legasi 40 tahun perjalanan seni penyanyi itu dalam industri muzik tanah air.

"Datuk Aishah adalah nama yang membentuk sejarah muzik Malaysia. Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu pengalaman yang akan menyentuh em0si penonton dari awal hingga akhir.

Klik untuk gambar besar

"Kami mahu peminat merasai setiap detik, setiap lagu dan setiap kenangan yang dibawa ke pentas," kata Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live iaitu Shawn Chang yang berkata, konsert berkenaan adalah satu penghormatan kepada ikon negara dan menjanjikan pengalaman yang bakal menyentuh em0si penonton melalui produksi bertaraf tinggi.

Peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu ikonik yang menjadi identiti Aishah seperti 'Janji Manismu', 'Camar Yang Pulang' dan 'Kemaafan Dendam Yang Terindah'.

Tiket mula dijual jam 3 petang ini menerusi laman sesawang ticket2u. Terdapat lapan kategori tiket yang ditawarkan bermula dari RM168 (Taman Keabadian) hingga RM788 (VVIP).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: