"Semasa lafaz (cerai), saya menangis macam budak-budak. Rasa m@lu dekat hakim tu. Dalam tu ada kami sahaja, tak ada orang lain.
"Masa nak kena sebut tu, saya rasa 'pecah'. Bila dapat kertas yang perlu saya lafazkan itu, saya ingatkan saya okay.. sampai kena ulang dua kali sebab tak jelas, menangis pula macam budak-budak.
"S@kit sangat ketika itu, saya sampai tak boleh nak pandang orang. Ayat yang buatkan saya 'p£cah'... 'dengan ini saya Ahmad Kamal menceraikan'..."
Klik untuk gambar besar
Itulah kongsi pelakon Kamal Adli, di mana dia mengimbas kembali detik dirinya rasa s@kit untuk melafazkan cerai terhadap bekas isterinya, pelakon Uqasha Senrose
Kamal yang berkongsi perkara itu menerusi p0dcast Nona, berkata, dia menangis seperti budak kecil ketika momen mahu melafazkan cerai di hadapan hakim, malah perlu mengulang dua kali kerana tidak jelas.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan yang dibina pada 5 November 2021 sebelum bercerai, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang bakal genap usia 2 tahun pada 27 April ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment