02 April 2026

SAH BERCERAI TALAK SATU - MAHLIGAI ZIZI KIRANA & YUSUF BAHARIN HANYA BERTAHAN 5 TAHUN



Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya status rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Baharin terjawab selepas mereka sah bercerai talak satu hari ini.

Mahligai yang dibina pasangan itu hanya bertahan selama lima tahun apabila Yusuf melafazkan talak terhadap Zizi di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Mohd Saifullah Hamzah.

Sementara itu, peguam yang mewakili Zizi berkata, lafaz cerai dibuat oleh Yusuf terhadap anak guamnya dengan talak satu secara raj'ie.

Klik untuk gambar besar

"K£s hari ini berjalan dengan baik dan itu sajalah yang kita nak jelaskan pada hari ini," kata peguam Zizi.

Berhubung perceraian itu, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Alhamdulillah semuanya yang baik-baik, Insya-Allah. Terima kasih semua. Minta maaf kerana kena tunggu lama," tuturnya.

Sebelum ini, nama Zizi dan Yusuf yang berkahwin pada September 2021 itu menjadi bualan ramai selepas didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: