02 April 2026

SUSAH SENANG BERSAMA - ISTERI JOHAN RAJA LAWAK, OZLYNN DEDAH PERNAH TERIMA NAFKAH RM1



"Hidup dengan suami aku dulu kais pagi, malam kadang tak ada apa nak makan. Tapi sebab kerja aku bagus dapat tolong suami. "Sampai pernah dia (Johan) bagi nafkah dekat aku RM1 saja. Aku ambil duit itu cakap saya terima sambil senyum."

Itulah kata isteri kepada penyampai radio, Johan iaitu Ozlynn Waty, 44, di mana dia berkongsi kisah kehidupan sebagai suami isteri yang pernah melalui fasa kes£mpitan sebelum mencapai kesenangan.

Kongsi Ozlynn atau nama sebenarnya, Roslinawaty Ismail, suatu ketika dahulu, hidup mereka serba kekurangan sehingga ada hari yang terpaksa dilalui tanpa makanan mencukupi.

Klik untuk gambar besar

Malah, Ozlynn yang berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen di Thr£ads sebagai respons kepada perbincangan mengenai kehidupan rumah tangga, berkata, dia juga pernah menerima nafkah daripada suaminya sebanyak RM1, namun tidak pernah mempersoalkan keadaan tersebut.

Disamping itu, Ozlynn turut mengimbau bagaimana dia menyimpan perasaan sedih melihat kesusahan suaminya pada ketika itu, di mana Johan sentiasa berusaha mencari rezeki buat keluarga dan sering memintanya untuk mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
"Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia. Aku terus masuk bilik air. Aku menangis sampai s@kit tekak. Bukan sebab jumlah nafkah tapi cara dia rendahkan maruah depan aku. Aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa minta Allah bantu.

"Alhamdulillah sekarang dia senang dan tak pernah lupakan aku," ujarnya yang berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen di Thr£ads sebagai respons kepada perbincangan mengenai kehidupan rumah tangga.

Untuk makluman, Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, pada 25 Julai 2009 dan mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: