02 April 2026

"INILAH PENGAKHIRAN HIDUP KAMI, SAYA TIDAK PERNAH JANGKA..." - YUSUF BAHRIN AKUI TAK TAHU PUNCA ZIZI KIRANA FAIL CERAI, REDA DENGAN KETENTUAN TAKDIR



"Tak tahu (punca), tapi perpisahan berlaku secara baik tanpa sebarang pers£lisihan. Tak ada permusvhan dan tiada d£ndam, saya mohon semua pihak mendoakan kebaikan kami dan orang lain.

"Inilah pengakhiran kisah hidup kami, saya tidak pernah jangka dan tidak pernah tahu akan terjadi dalam hidup."

Demikian jelas pelakon Yusuf Baharin, 34, di mana dia tidak mengetahui punca bekas isterinya, penyanyi Zizi Kirana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Bagaimanapun, kata Yusuf atau nama penuhnya, Muhammad Yusuf Bahrin, perpisahan mereka berlaku secara baik serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Klik untuk gambar besar

Ujarnya lagi, mereka sudah lakukan yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga yang dibina selama lima tahun itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir kerana tiada pasangan yang mahukan perpisahan.

"Kami dah buat yang terbaik dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ini. Saya tak boleh nak cakap, benda ini tak boleh dijangka (mengenai proses perceraian ini).

"Tapi Alhamdulillah semua selesai. Tak ada siapa atau satu pun pasangan dalam dunia ini sukakan perceraian," tuturnya.
Dalam pada itu, Yusuf turut mengulas mengenai status mereka yang kini berubah, di mana dia tetap akan memberikan sokongan terhadap kerjaya seni bekas isterinya itu.

"Selepas ini kami fokus kerjaya masing-masing. Saya akan terus beri sokongan kepada dia, dan dia pun akan terus sokong kerjaya saya, Insya-Allah," maklumnya.

Sebelum ini, Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Khamis.

Untuk makluman, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: