03 April 2026

INI RESPON NORMAN HAKIM & ABBY ABADI TERHADAP LUAHAN ANAK BONGSU MEREKA



"To my dearest darling baby, Maria Danisha Hakim. I'm truly sorry if I ever made you feel unseen. But please know this... Papa sees you. I see your effort, your strength and your quiet patience in giving your very best for your 2025 SPM.

"I can only imagine that most nerve-wracking moment... sitting with u in front of the monitor, waiting for your 2025 SPM result to appear. All the emotions, all the prayers, all the effort, meeting in that one single moment.

"And Papa wants to say... big congratulations on your amazing SPM 2025 result! Every bit of your hard work, even the silent struggl£s no one noticed has truly paid off. You deserve this moment more than you know cayang...

"Papa would also like to express our deepest appreciation to Abedeen Academy, the place that nurtured your journey, guided your growth, and shaped your discipline.

Klik untuk gambar besar

"And to PTTI, Misfana.. thank you for helping you overcome your weakest subjects and turning them into strengths until you were able to score an A's! That is no small achievement. I am so, so proud of you cayang.

You don't have to carry everything on your own. Your feelings matter. Your effort matters. You matter. And Papa will always see you, stand by you and believe in you. I love you, always & forever baby tompet cumbat papa."

Demikian tulis pelakon Norman Hakim menerusi media sosial miliknya, di mana dia tampil memberi respon terhadap luahan anak bongsunya hasil perkahwinan dengan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi iaitu Maria Danisha Hakim, 18.
Sementara Abby pula, dia juga tampil bersuara isu luahan anak bongsunya yang menjadi perhatian ramai sehingga menimbulkan tanda tanya.

"Baby Danisha ok tak? Ok jerrr. Tiap-tiap hari jumpa.. tiap hari sembang whatspp. Kebetulan minggu ni Mama Abahnya sibuk, jadi takdelah beria nak sambut apa-apa..

"Sehari sebelum ambil result dah tanya nak pergi ambil sama-sama, Baby cakap tak payah.. sekolah takde buat majlis apa-apa.. so oklah.. dia kata dia akan tengok result online.
"Lepas tengok result, minta izin nak keluar dengan kawan-kawan. Mama nya yang kebetulan sibuk minggu ni, tapi tahu je perkembangan result SPM dia semua.. cuma dia kata malu nak dikongsikan sebab tak dot 9A.. so oklah.., Mama takde share..

"Yang dia update tu saya baru tahu. Saya dah tanya tapi dia kata takde apa..... banyak sangat masa melepak dalam bilik tuuuu.. sampai Mama Abahnya sibuk bekerja pun dia tak tahu.. so itu jelah laporan harini ye..

"Ps. Saya tak pernah membezakan anak-anak. Sayang semua saja je. Baik yang kecik, baik yang besar. Semua sama. Takde yg terlebih, tiada yg terkurang... kalau nampak banyak cerita anak itu anak ini, kan media yang bagi berita.. Saya layan je," tulis Abby.
Sebelum ini, menerusi media sosial Danisha, dia telah berkongsi luahannya yang mendakwa dirinya seolah-olah kurang diberi perhatian dan dipinggirkan walaupun telah berusaha dalam diam selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Selasa.

Biarpun perkongsian dibuat bersifat umum, namun rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila membaca luahan tersebut.

Ruangan komen perkongsian luahan itu dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang berpendapat Danisha kurang mendapat perhatian kerana kakaknya, Marissa Dania Hakim sering menjadi tumpuan ketika ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: