03 April 2026

ISU DJ KIDD UMUM SUDAH BERPISAH - EMMA MAEMBONG AKUI TERKILAN, TAK TR4UMA JALIN HUBUNGAN CINTA LAGI



"Kalau boleh saya memang nak mengelak dan tidak suka sangat nak berkongsi (status hubungan dengan DJ Kidd), tetapi memandangkan dia pun sudah buat kenyataan, jadi kita ikutlah.

"Adalah sedikit rasa terkilan (bila DJ Kidd keluarkan kenyataan mereka sudah berpisah), tapi nak buat macam mana kan? Kita tidak boleh kawal hati orang. Jadi, apabila perkara ini terjadi, saya pun kena reda dan terima sahaja."

Itulah kata pelakon Emma Maembong, 34, di mana dia mengakui terkilan apabila bekas kekasihnya yang dikenali sebagai DJ Kidd membuat pengumuman secara terbuka mengenai status hubungan mereka yang kini sudah berakhir.

Meskipun tidak selesa berkongsi kisah peribadi, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, bagaimana memilih untuk reda dengan ketentuan tersebut.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Emma menjelaskan hubungann antara mereka masih berada dalam keadaan baik walaupun ikatan cinta sudah terlerai.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak menolak kemungkinan jodoh mereka kembali bertaut pada masa hadapan.

"Kami ada berhubung sebab bagi saya, hidup ini singkat sahaja. Saya pun tidak suka bermusvh atau mar@h-mar@h. Kalau ada jodoh balik, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana kan?" tuturnya.

Disamping itu, Emma turut mengulas mengenai soal hati, di mana t£gasnya, kegag@lan hubungan kali ini tidak membuatkan dia berasa tr@uma untuk mengenali lelaki lain.
Ini kerana kata Emma, setiap pengalaman yang dilalui menjadikannya seorang individu yang lebih matang dalam menilai kehidupan.

"Semakin saya besar, semakin saya matang. Setiap orang yang dipertemukan dengan kita itu mesti bersebab.

"Nak tr@uma itu tak adalah dram@tik sangat. Nak cakap tr@uma pun tak adalah, saya pun dah pernah berkahwin dan pernah gag@l juga," ujarnya.

Sebelum ini, DJ Kid mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan bahawa dia kini tidak lagi mempunyai sebarang hubungan s£rius bersama Emma selepas setahun keakraban mereka menjadi perhatian ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: