03 April 2026

LAN SOLO AKUI HASRAT JERNIHKAN HUBUNGAN TAK KESAMPAIAN SELEPAS RENDAHKAN EG0 - INI RESPON RODY KRISTAL : "AKU HORMAT DIA SEBAGAI KAWAN, TAPI UNTUK BEKERJASAMA, AKU RASA DAH TAK BOLEH... JANGAN M4TIKAN USAHA AKU..."



"Memang dia ada hubungi aku, tapi aku tak faham kenapa dia nak buat konsert Kristal OG itu. Apa sebenarnya tujuan dia, sedangkan line-up pun hanya dia seorang saja? Mana perginya Izal dan Ainol? Mereka pun tak join. Jadi, apa yang original di situ?

"Buat konsert sekadar untuk satukan kembali anggota lama, sedangkan dia sendiri sudah keluar dari Kristal dan buat Kristal X.

"Aku hormat dia sebagai kawan, tapi untuk bekerjasama, aku rasa dah tak boleh. Kalau setakat berkawan, tiada mas@lah. Periuk masing-masing, masing-masing jaga.

"Tolong hormat aku, hormat Kristal, dan hormat rakan-rakan aku. Sebab Kristal adalah antara band rock yang masih ada, jangan m@tikan usaha aku untuk teruskan legasi band rock Malaysia ini."

Demikian ujar gitaris utama Kristal iaitu Rody, 40, menerusi hantaran di media sosial, di mana dia tampil membal@s kenyataan yang dikeluarkan penyanyi Lan Solo susulan dakwaan memberi layanan ding1n selepas penyanyi itu mengajak untuk bekerjasama dalam sebuah konsert.

Klik untuk gambar besar

Akui Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin, dia menerima panggilan telefon daripada Lan untuk berbincang mengenai kerjasama Konsert OG yang bakal berlangsung pada 1 Mei depan.

Bagaimanapun, Rody berkata, dia tidak memahami tujuan konsert berkenaan diadakan memandangkan barisan anggota asal yang ada pada acara itu hanyalah Lan seorang.

Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya ingin menjalinkan persahabatan kembali bersama Lan, namun tidak untuk melakukan sebarang kerjasama dengannya.

Malah, Rody juga meminta agar Lan menghormati dia dan rakan-rakan yang masih memperjuangkan nama Kristal untuk tahap yang lebih baik.
Disamping itu, Rody juga memberitahu, dia merasakan Kristal belum bersedia untuk mengadakan konsert berskala besar seperti yang dig£mbar-g£mburkan.

Jelasnya, ketika ini dia sedang merangka hala tuju Kristal agar seiring dengan nama band rock lain yang mendendangkan orang ramai dengan karya sendiri.

"Tapi bagi aku kalau kristal nak buat konsert macam mana pun, masih belum sampai target Kristal nak buat konsert besar sebab Kristal ini hanya berapa album saja yang ada lagu sendiri dan seterusnya banyak buat lagu saduran.

"Jadi pada aku target aku nak jadikan Kristal satu legasi yang besar macam Wings, Search atau band-band besar lagi yang boleh buat konsert atas nama sendiri atau lagu sendiri ciptaan sendiri itu yang sebenarnya aku nak capai," tuturnya.
Rody dalam masa sama turut men£gaskan, kumpulan Kristal yang dikendalikan olehnya ketika ini masih meneruskan legasi asal meskipun berlaku pertukaran anggota termasuk penyanyi, selain kumpulan tersebut mempunyai nilai sentiment@l tersendiri kerana ditubuhkan oleh bapanya.

"Kristal yang ada sekarang ini masih Kristal yang sama seperti dulu. Cuma penyanyi kita sudah bertukar kepada Ewal. Aku masih lagi membawa nama Kristal ini sejak aku bermula seorang diri, kemudian jumpa ahli lain, bertukar-tukar anggota, sampai sekarang aku tetap teruskan membawa nama Kristal.

"Untuk pengetahuan semua, Kristal ini diasaskan oleh ayah aku. Jadi bagi aku, Kristal itu adalah aku, dan aku adalah Kristal," jelasnya.

Sebelum ini, Lan memaklumkan, dia sudah merendahkan eg0 demi menjernihkan hubungan dengan Rody bagi menjayakan konsert Kristal OG bersama.

Lan atau nama sebenarnya, Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 41, bagaimanapun berkata, usaha itu tidak mendapat maklum bal@s p0sitif daripada Rody.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: