03 April 2026

TAK LANGG4R HAK LAWATAN FATIMA - MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN FATTAH AMIN TERHADAP BEKAS ISTERINYA



Permohonan yang difailkan pelakon Fattah Amin terhadap bekas isterinya, pelakon dan usahawan, Nur Fazura berhubung dakwaan pelangg@ran perintah hak lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, telah ditolak oleh mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Peguam mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azmam berkata, mahkamah mendapati tiada asas kukuh untuk memulakan tindakan komital atau tunjuk sebab terhadap anak guamnya.

"Dalam erti kata lain, permohonan tersebut ditolak kerana tiada sebab untuk mengenakan tindakan tunjuk sebab terhadap Fazura. Pada hemat mahkamah, urusan hak lawatan berjalan dengan baik dan lancar," katanya.

Dalm pada itu, jelas Fakhrul lagi, sebelum mengambil sebarang tindakan perlu melalui peringkat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

"Sebelum sebarang tindakan diambil, kebenaran mahkamah perlu diperoleh terlebih dahulu. Bagaimanapun, dalam k£s ini, peringkat mendapatkan kebenaran itu sendiri tidak diluluskan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, Fattah dilapor memfailkan permohonan tersebut pada awal Februari lalu selepas mendakwa berlaku g@ngguan terhadap hak lawatannya.

Kata Fakhrul, timbul isu kecil berhubung pertemuan antara Fatima dan bapanya yang bukan disengajakan.

"Mungkin ada dua atau tiga kali Fatima sendiri tidak mahu pergi kerana penat atau lewat akib@t kelas mengaji. Namun, tahun ini Fatima berpeluang beraya bersama bapanya," jelasnya.

Semalam tular di media sosial jadual pr0siding Mahkamah Tinggi Syariah Selangor memaparkan nama Fattah Amin sebagai plaintif dan Nur Fazura sebagai pihak responden.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: